Pages

Sunday, July 05, 2015

IFTAR TREAT - FILIPINO GINATAANG BILO BILO


Ginataang Bilo Bilo persis Bubur Butir Nangka kita, semua sama..santan , sago, ubi keladi atau nangka serta bebola tepung pulut. Dessert ini terkenal disana dan untuk Bilo Bilo ini saya masukkan keladi rebus. Lemak dan berkrim dan sesuai buat pemanis berbuka.


Ginataang Bilo Bilo



  • 1 cawan keladi rebus diptng dadu
  • 1 cawan bebola tepung pulut *
  • 1/2 cawan sagu rebus
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 3/4 cawan gula
  • secubit garam
  • daun pandan
* Membuat Bebola Tepung Pulut
  • 2 cawan tepung pulut
  • air secukupnya
Bancuh sehingga menjadi doh lembut,     Dibulat-bulatkan dan masak seperti membuat buah Melaka. Angkat dan toskan airnya

Cara Menyediakannya
  1. Masak santan pekat, santan cair, daun pandan dan gula.
  2. Kacau-kacau supaya tidak bergentel
  3. Masukkan keladi, bebola tepung pulut dan sagu rebus
  4. Kacau dan biar mendidih sedikit dan angkat



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

Post a Comment