Pages

Monday, July 06, 2015

BLACK PEPPER CHICKEN GRILLED


Menu berbuka bila mood memasak merudum..ha..ha..jalan mudah yang tidak renyah, mengenyangkan dan lazat. Boleh dibuat 2 cara sama ada dibakar cara oven atau digrill. Saya menggunakan grill method kerana pisau di rumah kurang tajam untuk memotong. Ayam diperap dengan bahan perap yang cukup mudah, minyak, bawang putih, halia, worceshire sos dan ada hitam.

Kemudian digrill hingga masak. Lelehan air grill ayam saya guna untuk membuat sosnya...resipi sosnya bleh didapati di post-post saya yang lalu. Untuk sidenya pula saya buat kentang goreng dan kacang peas.Dihidang bersama butter rice atau pun roti.



Black Pepper Chicken Grill

  • 1 ekor ayam dipotong 4
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1" halia ditumbuk
  • 2 sdb sos worchestire
  • 1 sdb lada hitam tumbuk
  • 2 sdb minyak zaitn
  • garam dan gula secukup rasa


  1. Bersihkan ayam
  2. Satukan semua bahan lain dan umur atas ayam
  3. Perap lebih kurang 4 jam dan grill atas api sehingga masak.




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

Post a Comment