Pages

Saturday, April 18, 2015

POTATO BHAJI


Potato Bhaji ini sedap dimakan bersama Poori. Biasanya kalau kitaa makan di restoran India potato Bhaji ini dijadikan inti dan dikepit bersama dua poori. Pun begitu potato Bhaji ini sedap juga dimakan dengan nasi dan jika suka pedas boleh dimasukkan serbuk cili.


Potato Bhaji
  • 6 biji kentang dipotong dadu dan rebus
  • 1 biji bawang besar dicincang halus
  • 2 biji cili hijau dihiris nipis
  • 1 sdt biji sawi
  • 1/2 sdt serbuk kunyit
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 ulas bawng putih ditumbuk bersama halia
  • 1" halia ditumbuk
  • 2 sdb minyak masak
  • sedikit asafoetida
  • garam secukup rasa

Cara menyediakannya
  1. Lecek separuh kentang dan letak sebelah
  2. Panakan minyak dan masukkan biji sawi goreng sehingga meletup-letup
  3. Maukkan daun kari dan bawang besar dan biar sehingga bawang besar layu.
  4. Masukkan bawang putih, serbuk kunyit dan halia tumbuk
  5. Biar seketika sehingga naik baunya
  6. Masukkan 1/2 cawan air dan kentang yang dilecek
  7. Masukkan garam dan asafoetida
  8. Akhir sekali masukkan cili hijau dan kentang rebus tadi
  9. Balik-balikkan sehingga semua rata dan berpalut dan angkat

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

Post a Comment