Pages

Saturday, April 18, 2015

POORI - INDIAN PUFF BREAD


Indian Puff Bread atau Poori memang kesukaan saya. Saya pernah membuat entri yang sama seketika dulu tapi resipinya tidak menggunakan ibu roti. Resipi ini menggunakan 1 sdt ibu roti dan terjumpa reipinya dilaman FB, tapi tak ingat kepunyaan sapa..saya copy dan simpan. Hari ini terasa teringin nak maka poori jadi saya guna reipi yang menggunakan ibu roti. Harap sempunya resipi halalkan resipinya...memang saya lupa nak masukkan nama empunya resipi.Apa pun resipinya mudah dan sedap. Paling saya suka makan poori ialah bersama potato bhaji...perghhh..hebat,



Indian Puff Bread

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdt yis kering brand mauripan
  • 1 sdt gula
  • 3 sdb minyak masak
  • 1/ 2 sdt garam
  • 150ml air panas


Caranya
  1. Satukan semua bahan yang kering
  2. Gaul hingga berderai2. .masukkan air panas.. 
  3. Uli selama 3- 5mnt.. bulat2kan sebesar bola pingpong
  4. Peram selama 30minit dalam bekas bertutup. .
  5. Panaskan minyak masak guna api sederhana perlahan. .bila minyak da panas..gelekkan doh tadi hingga nipis
  6. Goreng satu2. . . sentiasa curah2kan minyak pada roti puri hingga kembung..siap toskan..




Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You


No comments:

Post a Comment