Pages

Friday, April 17, 2015

HOMEMADE CHICKEN POPCORN


Kalau ada sekecil di rumah pasti menu ini menjadi kegemaran mereka. Chicken Popcorn ini mudah disediakan cuma yang menjadi masalah ialah untuk mendapatan isi ayam atau chicken fillet. Kalau mahir untuk debone ayam maka mudah jika tidak kenalah cari dada ayam atau fillet ayam.

Bagi yang suka pedas boleh la masukkan lada hitam atau serbuk cili. Jika tidak bahan yang ada cukup memadai dan sesuai disajikan dengan sos tomato atau sos cili.

Chicken Popcorn

  • 2 keping dada aym dipotong dadu
  • 1 biji telur dikocok
  • 250 g tepung gandum
  • 50 g tepung beras
  • 50 g tepung jagung
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Caranya

  1. Perapkan ayam dengan garam dan lada sulah, lebih kurang 2 jam atau semalaman
  2. Satukan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung lada sulah dan garam
  3. Celupkan ayam pada telur dan salur dengan tepung
  4. Goreng sehingga kekuningan dan masak
  5. Angkat dan tos minyak
  6. Siap dihidang
Note : Jika suka pedas boleh masukkan 1 sdb serbuk cili


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

Post a Comment