Pages

Friday, January 23, 2015

TENGGIRI MASAK TEMPOYAK -


Masakkan orang Perak..memang dulu tak pandai makan dan tak pandai masak..tetapi sejak duduk di Ipoh,dan kerap makan di Restoran Tasek Raban jadi minat dan suka pula...makanya sekarang kalau berhajat boleh masak sendiri..janji ada stok tempoyak.

Cara masaknya simple aje tapi dek kerana saya malas hendak menyediakan menu sayur, saya masukkan bendi dan terung sekali.

Print

Masak Tempoyak

YIELD: 4   PREP TIME:  20 minutes   COOK TIME: 20

INGREDIENTS

  • 3 -4 keping ikan (ikan apa pun boleh paling best ikan patin)
  • 5 biji bendi
  • 1 biji terung panjang, belah dua dan hiris menyerong
  • 2 batang serai
  • 4 sdb tempoyak
  • 4 cawan air
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan belah 2
  • 15 biji cili padi tumbuk halus
  • 3 biji cili merah ditumbuk sekali dengan cili padili bersama cili
  • 2" kunyit hidup ditumbuk sek
  • 1 asam keping
  • garam dan perasa secukup rasa

DIRECTIONS:

1. Masukkan air, tempoyak, serai yan dititik, aasam kepingdan baha tumbuk ke dalam periuk, renehkan sehingga mendidih.
2. Masukkan ikan, bendi, terung, daun kesum dan bunga kantan
3. Akhir sekali masukkan garam dan perasa secukupnya
4. Perlahankan api dan biar sehingga ikan masak.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

Post a Comment