Pages

Tuesday, December 23, 2014

CHICKEN IN OYSTER SAUCE / AYAM SOS TIRAM


Easy Chinese recipe, mudah menyediakanya. Ayam diperap bersama bahan sos kemudian dimasak sehingga ayam empuk dan lembut. Resipi yang sama juga boleh diguna untuk membuat claypot chicken rice. Untuk memeriahkan lagi resipi ini boleh juga dimasukkan cendawan.

Enak dimakan bersama nasi panas.


5.0 from 4 reviews
Chicken in Oyster Sauce / Ayam Sos Tiram
Ingredients
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
  • 50 g kacang peas atau daun bawang
  • 2 sdb  minyak masak

Untuk sosnya
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb kicap pekat
  • 2 sdb kicap cair
  • 1 sdt minyak bijan
  • 1 cawan stok ayam
  • sedikit lada hitam
  • 1 sdb tepung jagung

Satukan semua bahan sos dan gaul pada ayam. Perap sekurang-kurangnya  jam

Cara Menyediakanya

  1. Panaskan minyak dan masukkan ayam perap tadi
  2. Kacau sehingga ayam agak masak
  3. Boleh tambah air jika suka berkuah
  4. Akhir sekali masukkan kacang peas
Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You


No comments:

Post a Comment