Pages

Saturday, December 20, 2014

ASAM PEDAS LADA HITAM IKAN TENGGIRI / MACKEREL IN HOT SOUR TAMARIND SOUP


Jujur saya cakap seminggu kalau tiada asam pedas memang nyata "life is incomplete"..ha..ha..macam mana sekali pun menu ini memang tidak pernah miss dan tidak pernah jemu, baik ikan, ayam mahupun daging tetel. Kalau kena gayanya mahu dihirup macam sup.

Resipi kali ini saya masukkan sedikit lada hitam untuk menamahkan umpphhnya, endi menjadi favourite dan yang pasti daun kesom tetapi jika yang berminat dengan sayur jeruk bolehlah dimasukkan sekali..amin alhamdullilah






5.0 from 1 reviews
Asam Pedas Ikan Tenggiri / Mackerel in Hot Sour Soup
Prep time
Cook time
Total time

This dish hits all the right exotic notes and favourite among Malaysian.

Recipe type: Curry/Lauk Pauk/Seafood
Cuisine: Malaysian
Serves: 2-4
Ingredients
  • 3-4 ketul ikan - saya guna ikan tenggiri
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 5 -6 biji bendi
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 senduk minyak masak
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Bahan Untuk diblend

  • 25 tangkai cili kering direndam terleih dahulu
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2" belacan
  • 2" kunyit hidup
  • 1 sdb lada hitam

Blend semua bahan sehingga menjadi pes halus dan basah
Instructions
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga garing
  2. Masukkan 1 cawan air
  3. Renehkan seketika, masukkan ikan dan daun kesom
  4. Biar seketika dan masukkan air asam jawa, garam, gula dan seruk perisa
  5. Tamah air jika perlu berkuah lagi
  6. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato
  7. Biar sehingga naik minyak , padamkan api
Notes
Boleh letak sawi jeruk atau bunga kantan jika suka, terung pun menarik jika hendak digantikan dengan bendi
Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You


No comments:

Post a Comment