Pages

Saturday, July 12, 2014

ASAM PEDAS..ASAM PEDAS...


Ini cerita semalam ...cerita asam pedas...entahlah lauk ini merupakan lauk wajib...malah dalam satu minggu pasti kena masak.. tak kira..ikan ke..ayama ke  mahu pun daging wajib kena masak.  Memang favourite di rumah.

Ramadan ni dah dua kali masak..ha..ha..tak jemu. Paling sedap asam pedas ini saya suka ikan jenahak atau tenggiri. Masa zaman sekolah dulu umi selalu gunakan ikan terubuk..perghhhh..memang hebat lebih-lebih lagi bila lemak ikan keluar...cukup lemak...tetapi sekarang susah hendak cari ikan terubuk...kalau ada pun biasanya yang kecil so dah tak syok masak asam pedas. Jenahak still the best..especially bahagian kepala.

Bunga kantan dan daun  kesom wajib..tetapi masyallah bunga kantan sekarang cukup mahal..satu kuntum sampai RM3 hengit..perghhh...parah dibuatnya. Bendi atau terung panjang sedap dimasukkan sekali...boleh ratah-ratah nanti. Memasaknya ada berbagai cara...tumis biasa dan tumis bawang bersama halba..apa pun saya lebih gemar tumis biasa. Paling pakar masak asam pedas ini tentunya orang Johor dan orang Melaka..dan kalau dapat yang giling perghhh lagi terangkat.

Kalau hendak masak asam pedas jangan sekali-kali gunakan cili boh..hempeh jadinya..usaha sedikit..dan blend semua bahannya..hasilnya lebih mantop. Lauk ini paling best digandingkan dengan telur masin atau ikan masin, ulam atau sayur goreng..perghhh...kata orang mak mertua lalu pun tak sedar...ha..ha




3 comments:

  1. macam terasa2 kepekatan kuah asam pedas tu kak...ermmm :)

    ReplyDelete
  2. Oh! Kak Paty... asam pedas memang satu-satunya lauk yang tak menjemukan! Ni lauk evergreen, dari dulu, kini dan selamanya...

    ReplyDelete