Pages

Thursday, July 03, 2014

ASAM PEDAS TUMIS


Biasanya saya membuat asam pedas, saya tidak menggunakan bahan tumis, main cebur aje, baru-baru nie lihat sepupu masak asam pedas cara tumis menggunakan halba, saya jadi terpanggil untuk mencuba..so resipi ini ialah resipi asam pedas tumis....sedap tetapi kena hati-hati jangan banyak masukkan halba jika tidak ia akan effect baunya. Apa pun asam pedas ini memang hebat.

Asam Pedas Tumis

  • 1 ekor ikan bawal dipotong membuat gulai
  • 7 bendi
  • 1 ikat daun kesom
  • 5-7 biji bendi  atau terung
  • 1/2 senduk minyak masak
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit pati kube ayam jika suka
Bahan Tumis

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sdt1 halba


Bahan Blend

  • 30 tangkai cili kering - rendam
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1" belacan 
  • 2" kunyit hidup


Blend semua sehingga halus

Cara Membuatnya


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi
  2. Masukkan bahan blend dan tumis sehingga garing.
  3. Masukkan 2 cawan air ..renehkan seketika
  4. Masukkan ikan dan daun kesom.
  5. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan pati kube
  6. Masukkan bendi
  7. Biar sehingga naik minyak dan angkat.


Notes
Adapted from -PATYSKITCHEN


No comments:

Post a Comment