Pages

Wednesday, June 25, 2014

LUQAYMAT SWEET DUMPLING - PERFECT RAMADAN TREATS


Manisan yang cukup popular semasa bulan Ramadan terutama di UAE dan Middle Eastern. Crunchy from the outside and soft in the middle...lebih kurang donut tetapi manisan ini dimakan bersama air gula. Untuk mendapat impak yang lebih umpphhh saya masukkan sedikit buah pelaga dalam sirap. Taburkan sedikit bijan semasa menghidangnya.

Luqaymat - Sweat Dumpling
Ingredients
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sdb gula
1 sdt yeast
1 1/4 cawan air suam
5 sdb kentang lecek
1/2 sdt serbuk pelaga
sedikit garam

Sirap
1 cawan gula
1/2 cawan air
sedikit daun pandan
5 biji buah pelaga

Masak semua bahan sehingga pekat. Angkat dan sejukkan

Cara Membuatnya



Satukan semua bahan kecuali air dalam satu Mangkok


Masukkan air suam dan gaul rata


 Konsistensi adunan akan menjadi sepeti adunan kek


Tutup dengan plastik dan perap selam 1 jam


Selepas 1 jam adunan akan kelihatan berbuih



Panaskan minyak dan goreng seperti membuat jemput-jemput. Goreng kekuningan dan angkat.

Notes
Adapted from - http://www.munatycooking.com/2012/08/sweet-dumplings-luqaimat.html

No comments:

Post a Comment