Pages

Thursday, January 02, 2014

SOTONG MASAK HITAM


Lauk kegemaran masa zaman kanak-kanak. Kalau beli sotong inilah permintaankami adik beradik.buat masak hitam. Terdapat beberapa versi masakan ini,,dan saya pernah makan di Khatijah's Kitchen di Petaling Jaya..sotong masak hitamnya ada rasa belacan sedikit. Resipi saya ini resipi yang paling mudah...tidak banyak bahan tapi kalau untuk hiasan boleh letak apa sahaja...saya letakkan celery kebetulan ada dan takut rosak jadi saya masukkan.

Sotong Masak Hitam

1 kilo sotong dibersihkan tapi jangan dibuang dakwatnya
1 tangkai celery dipotong serong
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji cili merah dipotong memanjang
3 sdb minyak masak

Bahan blend
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1" halia...

Blend sehingga halus dan letak sebelah

Bahan perasa
1 sdb sos tiram

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga gareng dan naik baunya.
  2. Masukkan sos tiram
  3. Masukkan sotong dan biar sotong keluar airnya dan masak
  4. Tambah air jika inginkan berkuah
  5. Masukkan bawang besar, celery dan cili merah
  6. siap dihidang.

© PATYSKITCHEN. All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write 

No comments:

Post a Comment