Pages

Thursday, January 02, 2014

BIRTHDAY RED VELVET - CREAM CHEESE TOPPING


Red Velvet ini terdapat banyak resipinya..tetapi ini adalah resipi favourite saya. Kek yang dipopularkan oleh joythebaker..memang mendapat sambutan ramai. Chocolate kek yang dimerahkan..ha..ha..maka jadilah dia sibaldu merah..untuk topping boleh guna cream cheese atau topping biasa.


Birthday Red Velvet


Bahan A
250 g butter
280 g brown sugar

Bahan B
2 biji telur
1 sdt vanilla

Bahan C
250 g tepung
15 g serbuk koko
1st sebuk nescafe

Bahan D
200 g yogurt
2 sdb pewarna merah

Bahan E
1sdt cuka
1 sdb baking soda

Cara Memmbuat Keknya
Pukul bahan A sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji , sebiji diikuti dengan vanilla
Masukan bahan C berselang seli dengan bahan D. Kacau sebati
Campurkan bhan E dan terus masukkan ke dalam adunan tepung dan butter tadi
Masukkan cuka dalam soda dan terus masukkan dalam adunan tadi
Masukkan dalam loyang 8" dan bakarpada suhu 180 C selama 45 minit.

Untuk Cream Cheesenya
400 g whipp cream dipukul sehingga peak
250 g cream cheese
60 g ising sugar

Pukul cream cheese dan ising sugar kemudian masukkan whip cream tadi..kaup rata.

© PATYSKITCHEN. All images & content are copyright protected. Please do not use my images heewithoutream C prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write 

No comments:

Post a Comment