Pages

Thursday, February 09, 2012

MALAYSIAN SHRIMP CURRY WITH PINEAPPLE AND STRING BEANS / KARI UDANG DENGAN NENAS DAN KACANG PANJANG




This curry made a good pair with my earlier Curry Chicken Rice, with some pappadom, onion chutney and cucumber salsa....they will definite knock your socks of. I made the curry the Malaysian way, not too thin and not too thick. Pineapple added sweetness to the curry. I used the ready store bought curry powder. My favourite is Baba's.


This shrimp curry always remind me of my schooldays. Those days the canteen sold packed Nasi Lemak with shrimps curry and string beans. Of  course they used a tiny shrimps but it was delicious especially blended with banana leaves aroma. You can eat this curry with bread..naan or normal white. Adjust the used of curry powder if you want it mild. I love it the way it is...hot and spicy.
    Print This Recipe!    

 Kari Udang ini saya buat sebagai tambahan kepada Nasi kari Ayam. Entahlah ada yang kata makan Nasi Kari Ayam itu begitu aje..tapi tekak saya hendak berkuah pula..jadi saya masak sedikitlah jadikan kuah, lagi pun lama tak makan kari udang ini...kalau hendak makan di kedai nasi kandar mahu RM6 se ekor dichargenya. Beli 1 kilo udang tak sampai RM20 satu rumah boleh makan dan boleh ulang-ulang lagi.


Kari ini biasanya saya letak kacang panjang aje..tetapi dah nampak nenas lebih dari buat kerabu timun saya campakkan sedikit nenas, buat ambil manis air nenas. Sedap kita..peda-pedas, manis dan masam. Kari Udang Kacang Panjang ini cukup popular semasa saya sekolah dulu. Biasanya di Penang kari Udang ini dibungkus dengan Nasi Lemak...tetapi udang yang digunakan adalah udang bersaiz kecil...bila sudah mesra dengan nasi dan daun pisang..memang cukup sedap dan menyelerakan. Bukan sahaja sedap makan dengan nasi malah sedap juga kalau dicicah dengan roti.

Next Post - Pau Kelapa - Eina's Lovely Kitchen

2 comments:

  1. lama dah tak makan kari udang gini..
    sedapnyaa...

    ReplyDelete
  2. Mmmmmmm....sedap...sedap...tetiba teringin nak makan kari udang plak...:)

    ReplyDelete