Kebetulan berada di klinik menunggu giliran bertemu doktor, tiba-tiba terpandang di skrin TV Chef Sher menunjukkan resipi Ayam Masak Lengkuas ini, nampak sedap dan menyelerakan so terpanggil untuk mencubanya. Resipi memang tidak dipaparkan jadi pulang ke rumah saya buat research..rupa-rupanya masakkan orang bugis. Bahan digunakan lebih kurang sama macam rendang cuma lengkuasnya diparut dan serainya titik.
Menu ini boleh jadi berkuah dan boleh juga dimasak kering semua bergantung kepada selera masing-masing.
Ayam Masak Lengkuas Bugis
- 1 ekor ayam potong 12 bahagian
- 400 gram lengkuas muda - parut
- 2 batang serai dititik
- 1 kg santan pekat
- 1 sudu makan lada putih - tumbuk
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- garam
Bahan tumbuk / kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 10 biji bawang merah
- 2' halia diblend halus
- 11 cili padi
- 15 tangkai cili kering direndam dahulu
Cara Menyediakannya
Masukkan santan dan serai titik ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kemudian
masukkan bahan kisar dan bahan parut. Masukkan sekali serbuk kunyit dan lada
putih
Biar naik minyak, masukkan daging ayam. Gunakan api
sederhana panas supaya masakan perencah meresap, dan masak sekata.
Masak sehingga ayam empuk dan angkat, jika inginkan kering biar lama sedikit di atas api
RECIPE SOURCE: PATYSKITCHEN
Lengkuasnya takda pung
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete