Pages

Tuesday, November 14, 2017

BERRY LAYER CAKE


Resipi  buttercake yang selalu saya gunakan untuk hiasan wedding cake. Tekturnya moist dan lembut. Kek ini sesuai diletakkan apa pun jenis frosting tapi paling sedap ialah gabungan buttercream dan berry jem.




Berry Layer Cake

Yield: - l acuan 8"
Butter kek yang lembut dan moist sesuai dihiaskan dengan apa jenis frosting
  • 300  gm butter
  • 350 gm gula halus atau gula kastor
  • 350 gm tepung gandum 
  • 8 biji kuning telur
  • 6 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh baking powder
  • 20 gm ovelette
  • 30 gm air

  
  1. Satukan semua bahan kecuali butter
  2. Putar adunan  hingga creamy atau putih pucat
  3. Butter dipukul secara berasingan sehingga putih
  4. Masukan adunan butter ke dalam adunan tepung tadi dan pukul sehingga sebati
  5. Bahagi adunan kepada 3 dan tuang kedalam acuan 8" 
  6. Bakar adunan kek dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C api atas dan bawah selama 45 minit
  7. Sejukkan kek dan lapikan kek dengan buttercream dan jem strawberry




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

1 comment: