Pages

Wednesday, October 11, 2017

MOIST BANANA CAKE /KEK PISANG LEMBAP


Dalam entry bulan lepas ada saya buat banana kek tapi tekturnya terlalu lembut seperti tektur sponge kek tidak begitu menepati selera saya kerana untuk kek pisang saya lebih sukakan tektur yang cakey so terus mencari dan jumpa resipi ini dari Blogmasakan jadi saya ambil dan cuba resipi ini....ya to my liking lembut cakey dan tak berapa manis



Kek Pisang Lembut

Yield: - l loyang 8 in
Kek pisang lembap dan lembut sesuai buat minum petang

Bahan A
  • 4 - 5 biji pisang emas - ( saya guna pisang berangan 2 biji )
  • 4 biji telor - Gred A or B
  • 3 /4 cwn gula castor
  • 1 cwn minyak jagung

 Bahan B
  • 1 1/2 cwn tepung gandum diayak bersama,
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bikarbonat

 Bahan C
  • 1 tsp essen vanilla/ essen pisang
  • 50 gram walnut cincang - optional( tak letak pun takpe )

 Cara2
  1. Panaskan oven suhu 160 c , 15-20 min sebelum baking
  2. Blend minyak, gula diikuti telur sehingga sebati.Kemudian masukkan pisang. Blend sebati
  3. Tuang bahan yang diblend ke dalam bekas. Kemudian masukkan tepung + soda yang telah diayak bersama tadi. Guna whisk saje. Jangan blend bila dah masuk tepung
  4. Masukkan essen vanilla
  5. Masukkan walnut jika suka
  6. Tuang dalam tin pembakar yang disapu dgn butter atau dialas baking paper. Loyang 8x8
  7. Tabur hirisan pisang dan chocolate chips untuk hiasan
  8. Bakar suhu 160 c selama 1 jam atau sehingga masak.
  9. Api atas bawah.( depend pd oven masing2)






RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

Post a Comment