Pages

Wednesday, October 04, 2017

BUBUR LEMAK UDANG DENGAN TELUR ASIN


Bubur Lemak Udang ini saya buat cara ringkas aje tak perlu menumis, semua main campak-campak aje. Saya pilih jalan mudah ini kerana serai dan halba apabila dicampur dengan santan sudah cukup menaikkan aroma dan rasanya. Bubur ini sedap dimakan bersama telur masin dan ikan bilis goreng. Sesuai buat sarapan dan bila-bila masa sekali pun




Bubur Lemak Udang

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Bubur Nasi dimasak bersama santan halba serai dan udang hidup. Bubur ini lemak dan sedap dimakan bersama telur masin
  • 2 cawan beras
  • 1/2 kilo udang (kupas kulit dan bersihkan)
  • 1 cawan santan 
  • 1 hiris halia 
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sdt halba
  • Daun sup, daun bawang dan bawang goreng utk tabur
  • Garam secukup rasa kiub ikan bilis
  • Sedikit lada putih serbuk 

Cara-cara:
  1. Beras dimasak dgn secukup air hingga menjadi bubur.
  2. Masukkan serai
  3. Masukkan udang dan gaul rata. Masukkan juga santan, halba, halia dan sedikit air lagi. Masak hingga mendidih.
  4. Tuang campuran santan dan udang ke dlm bubur nasi dan tambah garam dan lada putih serbuk secukup rasa,gaul hingga rata dan sebati dan masak hingga mendidih sekali lagi.
  5. Hidangkan bubur dan tabur dgn bahan2 taburan.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


1 comment: