Pages

Tuesday, September 05, 2017

RENDANG AYAM CILI PADI


Rendang dan Raya berpisah tiada. Itulah istimewanya dan sentiasa dinanti-nantikan. Terdapat berbagai variasi rendang dan bezanya antara satu sama lain terletak pada aromanya. Kalau di seberang rendangnya menggunakan daun salam rendang kita menggunakan daun limau atau pun daun kunyit. Untuk resipi ini saya gabungkan cili padi dan daun kunyit....perghh memang terangkat.



Ayam Masak Ungkep

Yield: Boleh 10 orang makam
Rendang ayam ini pedas kerana menggunakan banyak cili padi.. Aroma rendang ini datang dari daun kunyit yang membangkitkan rasanya
  • 1 ekor ayam saiz L | potong ikut suka dan dibersihkan dan tos
  • 1/2 kg santan
  • 2 sdb kerisik
  • 5 batang serai | dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa


Bahan Kisar 
  • Segenggam cili padi | Anggaran 30 biji
  • 10 biji bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 cm halia
  • 2 cm lengkuas
Cara Menyediakannya
  1. Masukkan ayam dalam kuali besar dan gaulkan dengan bahan kisar serta serai titik. Hidupkan api dan biarkan sehingga air ayam sedikit kering.
  2. Kemudian masukkan santan dan besarkan api. Masak sehingga santan sedikit kering dan masukkan garam dan asam keping Kacau rata dan kecilkan api.
  3. Kemudian masukkan kerisik dan kacau rata.
  4. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak . Kemudian masukkan hirisan daun kunyit.
  5. Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masak sehingga rendang kering ataupun jika suka berkuah bolehlah ditutup apinya. Sedia dihidangkan.

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.

Thank  You.

No comments:

Post a Comment