Pages

Friday, September 08, 2017

LEPAT PISANG INTI KELAPA


Dalam situasi kita berdepan dengan lambakan pisang makanya kepala akan berlegar-legar memikirkan sama ada membuat kue kodok atau lepat pisang...kedua-duanya sedap tapi saya lebih menggemari lepat pisang kerana ianya tidak berminyak lembut dan sedap 

Untuk lepat pisang ini saya lebih suka meletakkan inti kelapa....memang kombinasi yang hebat pisang dan kelapa dan untuk menaikkan sedikit warnanya saya masukkan sedikit gula perang Adunan ini menghasilkan lebih kurang 15 biji lepat


Lepat Pisang

Yield: - lebih kurang 15 biji
Lepat pisang memang favourite minum petang atau buat sarapan pagi. Untuk resipi ini saya letakkan inti kelapa menjadikannya lebih sedap
  • 13 biji pisang berangan/pisang emas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan kelapa parut putih
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar gula merah - menaikkan warna
  • 1 sudu kecil garam


Cara cara:
  1. Potong pisang nipis nipis dan lenyek dengan menggunakan garpu sehingga hancur. Jangan terlalu hancur supaya dalam lepat, masih ada rasa ketulan pisang. Masukkan gula, gula merah dan garam. Kacau rata.
  2. Masukkan tepung gandum  dan gaul hingga sebati.
  3. Kelapa parut digau bersama garam dan kukus sekejap
  4. Potong daun pisang panjang 15cm x 15 cm dan layur atas dapur gas supaya ianya tidak terkoyak semasa dilipat.
  5. Sudukan 2 sudu besar adunan ke atas daun pisang. Letak pula kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Lipat ke kiri dan kanan. Kemudian lipat pula hujungnya ke bawah, angkat tegak dan lipat pula di hujung satu lagi.
  6. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Susun kuih lepat dalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
  7. Cucuk bahagian tengah kuih dengan pisau, jika tidak melekat, tandanya ia telah masak. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

Post a Comment