Pages

Tuesday, September 26, 2017

KUE KOCI MANGKOK


Kata orang dalam dunia masakan ni kita buat dia...ha...ha tak kira cara apa kita buat ia tidak ada aturan mengatakan yang ianya salah. Sama juga dengan kue koci ini biasanya dibalut dengan daun pisang tetapi tidak salah jika kita mengubahkannya dengan mengkukus dalam acuan lompang.. there's no fast rules on this ya lah kalau dah daun pisang susah hendak cari dan tekak begitu menginginkan kue koci makanya inilah optionnya, apa pun yang penting rasanya sama





Kue Koci Mangkok

Yield: - lebih kurang 20 - 25 biji
Kue Koci Melayu yang diberi nafas baru dengan mengukunya menggunakan acuan lompang dari kebiasaan menggunakan daun pisang
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu beras pulut hitam dikisar halus dan di ayak...
  • sedikit garam
  • 1 cawan air (jgn curah semuanya nanti lembek sangat..masukkan sikit2 shingga doh tak lekat tangan..baki air tu dlm 3 sudu besar)


Cara-Cara

Tepung pulut dan beras pulut hitam serta garam di aduk sebati kemudian curah air sedikit demi sedikit..doh tak lekat kat tangan tutup sekejap dgn kain elakkan keras

Inti kelapa manis

  • 1 biji kelapa parut /kelapa segera/kelapa kering(guna sedikit air panas tuk lembapkannya)
  • 1 biji gula melaka
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
  • daun pandan disimpul


Cara-Cara

  1. Masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dengan sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..
  2. Masukkan kelapa parut tadi..masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tepung gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan
  3. Bulat2kan inti tersebut


Kuah santan pekat

  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2cawan santan pekat
  • sedikit garam


Campurkan tepung beras dalam santan pekat..kacau sebati dan masukkan garam.

Cara-Cara

  1. Ambil sedikit adunan tepung pulut tadi..sebesar onde2 tu... bulatkan kemudian leperkan diatas tangan..masukkan inti kelapa tadi...tutup dan bulatkan balik..buat sampai habis doh
  2. Sapukan acuan lompang dengan minyak
  3. Panaskan kukusan
  4. Curahkan kuah santan 1/2 cup dan letakkan doh tadi ditengah-tengah
  5. Kemudian kukus selama 20 minit
  6. Sejukkan dan keluarkan





RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

Post a Comment