Pages

Monday, May 08, 2017

MIDIN GORENG BELACAN



Mungkin ramai yang tidak tahu tentang sayur ini, ini pertama kali saya memakannya ketika berkunjung ke Sarawak baru-baru ini. Midin adalah sejenis paku pakis yang terkenal di Sarawak. Rasanya lebih kurang macam pucuk paku. 

Paling sedap dimasak ialah goreng belacan atau tumis bawang putih. Oleh kerana keunikanya maka saya sempat singgah di Pasar Satok mencari Midin segar untuk dibawa pulang. Rasanya sayur tidak ada di Semenanjung, apapun memang sedap diratah begitu aje atau makan dengan nasi panas bersama terubuk asin Sarawak


Midin Goreng Belacan


    • 2 ikat pucuk midin
    • 5 biji cili merah    }
    • 3 ulas bawang merah  } ditumbuk
    • 3 ulas bawang putih  }
    • 3cm belacan
    • 1 sudu makan cili boh
    • Garam dan serbuk perasa secukupnya

    Cara Membuat:

    1. Relaikan daun-daun midin tu, dan ambil pucuknya. Batang tu selagi lembut boleh ambil. Kalau dah keras tu buang je. Biasanya 3 inci ke pucuk tu patahkan basuh dan toskan
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
    3. Masukkan cili boh dan biarkan garing.
    4. Masukkan pucuk midin dan biarkan lembut seketika.
    5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
    6. Angkat dan hidangkan.

      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.  Thank  You.

      No comments:

      Post a Comment