Pages

Thursday, February 09, 2017

PAIS IKAN PARI


Pais di Malaysia, Pepes di Indonesia, masakan yang sama, memanggang ikan bersama bumbunya lalu dipanggang di atas api. Ikan pari memang sesuai untuk dipanggang  sebegini. Untuk kali ini saya menggunakan bumbu serai lengkuas biasanya saya panggang guna cili sahaja, kali ini inginkan cara pepes Indonesia.

Pais ini sedap bila diperah dengan asam limau terasa masam-masamnya dan paling sedap kalau dapat dipanggang menggunakan arang, tapi apakan daya tidak mempunyai peralatan untuk berbuat demikian makanya saya grill atas api biasa. Sedap makan bersama nasi panas atau pun ratah-ratah begitu aje


Pais Ikan Pari


    • 2 -3  kepingan ikan pari, cuci bersih dan ketepikan
    • 2 helai daun kunyit
    • Garam dan gula secukup rasa
    • 2 biji limau kasturi, perah jusnya
    • 2 camca besar santan pekat
    • 2 camca besar penuh cili kisar
    • Daun pisang secukupnya

    BAHAN TUMBUK HALUS 

    • 6 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci lengkuas
    • 1 batang serai 
    • 1 inci kunyit hidup
    • Secubit belacan

    CARA MEMBUATNYA :-)

    1. Satukan bahan2 tumbuk halus dengan santan, cili kisar, jus limau kasturi dan perasankan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata. Masukkan ikan pari tadi dan gaul rata2. Perap sekejap dalam 15 minit.
    2. Sementara itu sediakan daun pisang, kalau susah lipat, salai sekejap atas api biar lembut. Guna 2 helai daun pisang untuk membungkus. Alas dengan sehelai daun kunyit. Kemudian letak kepingan ikan pari yang diperap tadi, letak juga rempah2nya. Tabur sedikit hirisan daun kunyit, kemudian bungkus elok2 dan semat dengan pencungkil gigi. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi.
    3. Kemudian panggang hingga masak, kurang lebih 25 minit. 
      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      Post a Comment