Pages

Saturday, February 11, 2017

NESTUM BUTTER CHICKEN


Menu popular dikebanyakan restoran Cina. Inspirasi dari Butter Prawn ayam ini dimasak persis butter prawn tetapi dimasukkan nestum pada akhir masakan Sedap, harum dan crunchy. Menu ini sesuai sebagai lauk atau pun dibuat ratah-ratah. Saya sediakkan bersama Chinese Fried Rice dan dimakan bersama cili padi kicap....perghhh memang sedap


Ayam Goreng Butter Nestum

    • 1 dada ayam dipotong kecil sederhana
    • 3 sudu besar marjerin/butter
    • 2 tangkai daun kari (hiris)
    • 3 biji cili padi (hiris bulat)
    • 5 - 7 sudu besar bijiran nestum
    • 2 sudu besar gula
    • garam secukup rasa
    • 2 cawan minyak untuk menggoreng udang

    Cara-cara
    1. Ayam yang potong kecil digaul dengan tepung gandum kering, goreng hingga masak dan ketepikan. Masukkan butter dalam kuali, guna api kecil, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi dan daun kari, goreng selama 30 saat atau naik bau. Masukkan ayam yang sudah siap goreng tadi, gaul ratakan majerin dengan ayam. 
    2. Buka api besar, masukan telur sebiji dan gaul telur dengan ayam supaya telur semua meleket pada ayam dan matikan api. Masukkan Nestum dan gula secukupnya, goreng hingga semua nestum sebati dengan ayam (tidak perlu hidupkan api pada semasa mengaul).

      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      Post a Comment