Pages

Tuesday, February 07, 2017

MIXED FRUITS CUPCAKES


Kadang-kadang tekak ni tiba-tiba menginginkan sesuatu yang mengambil masa yang lama untuk menyediakannya  Bayangkanlah untuk menunggu 4 jam baru hendak dapat makan kek buah2 ha...ha ku tak sanggup makanya ku cari gantian yang mudah dan lebih kurang sedapnya. Resipi mini kek buah bakar ini mudah disediakan, cepat dan paling penting ngam-ngam cukup2 untuk sajian keinginan

Resipi asal tidak menggunakan black teracle tapi saya masukkan 2 sudu besar kerana menginginkan warna yang lebih gelap lagi, dan jika rajin boleh juga buat gula hangus. Resipi ini menghasilkan 12 biji mini cake. Sedap dan sesuai buat minuman  petang ataupun doorgift.





Mini Kek Buah Bakar

  • 115 gm buah campuran
  • 175 gm butter
  • 175 gm gula perang
  • 175 gm tepung naik sendiri
  • 3 biji telur
  • 1/2 sdt b powder
  • 2 sdt rempah kek
  • 2 sdb jus oren
  • 2 sdb black teracle

Cara membuatnya.


  • Panaskan oven pada 180 c dan oles acuan muffin dengan butter
  • Satukan mentega, gula, tepung, rempah kek, telur dan baking powder,  Pukul dengan mixer selama 3-4 minit Masukkan jus oren, black teracle dan buah-buahan kering, Pukul rata dan masukkan ke dalam acuan muffin, jika suka kekacang atau halwa kering taburkan di atas
  • Bakar selama 20 -30 atau sehingga masak

    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
    nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    Post a Comment