Pages

Thursday, February 09, 2017

CUCUR JAGUNG UDANG


Kalau ke pasar jumpa jagung, kalau tidak buat bubur jagung makanya cucur jagunglah menjadi favourite. Cucur ini kalau dibuat di rumah saya akan skip nasi cukup makan ini sahaja sungguh mengenyangkan dan pasti akan berulang-ulang  Untuk kali ini saya masukkan udang hidup. Tambah enak kali dihidang bersama cili sos dan kopi O


Cucur Jagung

  • 4 cawan jagung cincang
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 150 g udang dicincang kasar-saya guna 10 ekor
  • 1 biji cili merah/dihiris halus-saya guna cili merah
  • 3 tangkai daun kucai dipotong 
  • 3-4 cawan air suam panas +pewarna kuning @ kunyit +2 sk garam + 1 sdb gula-saya guna 2sdb gula



Cara-cara:

  1. Bahan-bahan yang perlu disediakan. 
  2. Jagung segar yang perlu disagat terlebih dahulu. 
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.Masukkan air suam dan kacau sebati.
  4. Rehatkan selama 1/2 jam sebelum digoreng.
  5. Goreng dalam minyak penuh. 
  6. Bila dan berwarna keemasan bolehlah diangkat dan toskan.


Notes


RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

No comments:

Post a Comment