Pages

Monday, January 16, 2017

SINGGANG KUNING IKAN MERAH


Simple yet satisfying adalah ayat yang tepat menggambarkan lauk ini...tidak muak dan sedap menghirupnya. Boeh dibuat kosong aje atau dimasukkan sedikit kunyit jika inginkan ianya lebih menarik sedikit. Singgang ini boleh dikategorikan sebagai makanan sihat kerana tidak perlu meggunakan minyak. Semua bahan direbus aje, jika inginkan sayuran bendi cukup sesuai dimasukkan dalam lauk ini.

Sedap dihidang bersama nasi panas bersama ulaman dan sambal belacan



Singgang Kuning


    • 2 keping ikan (apa2 ikan pun boleh saya guna ekor ikan merah
    • 3 ulas bawang putih - dimayang
    • 7 ulas cili api dititik
    • 2 cm lengkuas - dihiris nipis
    • 2 cm kunyit hidup - dihiris nipis
    • 5 keping asam gelugur (akak letak 3 keping je)
    • 4 cawan air
    • 5 biji bendi
    • 1 biji tomato dibelah 4
    • garam secukup rasa
    Cara Memasak:-


    1. Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
    2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
    3. Masakkan hingga kuah mendidih.
    4. Masukkan bendi dan hirisan tomato
    5. Sedia untuk dihidang...sedap makan dengan nasi agak lembut dan masih panas...

    Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      Post a Comment