Pages

Wednesday, January 25, 2017

PAJERI NENAS PATY'S



Ini lauk favourite zaman sekolah dan kekal menjadi lauk favourite sehingga sekarang. Saya tidak menggunakan santan untuk resipi pajeri saya seperti kebanyakkan resipi kerana saya lebih senang bermainkan rempah dan bahan tumis, rasanya lebih kurang sama dengan yang bersantan so option makanan sihat tanpa kompromi dengan rasanya. 

Paling saya suka makan bersama nasi panas yang dimasak lembik sedikit bersama tenggiri asin dan ulaman



Pajeri Nenas

    • 1 biji nenas [potong kecil]
    • 1 inci halia 
    • 5 ulas bawang merah ] tumbuk
    • 2 ulas bawang putih ]
    • 1 sudu besar udang kering [tumbuk]
    • 3 cawan air

    Bahan Tumis

    • 1 inci cm kulit kayu manis
    • 5 biji buah Pelaga
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 1 paket kecil rempah kari ikan [bancuh ngan air dan bahan tumbuk]
    • 4 sudu besar minyak
    • 2 sudu besar gula merah/putih
    • 2 sudu besar kerisik
    • Garam secukup rasa

    Cara membuat
    Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
    manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
    Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
    periuk.

    Masukkan air garam serta gula merah/pasir.

    Masak hingga kuah pekat dan naik minyak








      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
      nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      1 comment:

      1. samalah kita... kalau makan pajeri ni (tak kiralah nenas ke terung ke) memang confirm berulang ulang...

        ReplyDelete