Pages

Monday, January 09, 2017

MEE SIPOT DAN KOPI MUAR 434


Hari ini tidak ada resipi kerana post ini tidak memerlukan resipi kerana ia terlalu mudah disediakan. Namanya Mee Sipot, mungkin kerana gulongannya macam sanggul atau sipot. Snack ini cukup popular di Johor seketika dulu terutama masa zaman sekolah dahulu. Biasanya mee kering ini digoreng dan dimakan bersama sambal tumis atau sambal kicap

Memang agak lama tak makan mee ini sehingga besan kirimkan sebungkus dan kebetulan di rumah sarapan pagi adalah soto madura bersama sambal kicap makanya saya gorengkan sedikit mee sipot untuk memanafaati sambal kicap yang ada.....perghhh mengamit memory lama bersama secangkir kopi Muar 434.....





1 comment: