Pages

Saturday, January 07, 2017

APAM PISANG GEBU



Selalunya bila kita berhadapan dalam situasi dimana bahan-bahan di dapur tidak terluak kita akan sama ada menunggu sehingga tarikh luput dan buang atau berikhtiar untuk menyelamatkan barangan tersebut sekali gus menghilangkan rasa bersalah.....ha..ha bagi saya, saya memilih pilihan kedua, saya akan google dan berusaha menyelamatkan barangan. 

Resipi apam pisang ini adalah hasil google saya bila melihat pisang di rumah yang kelihatannya akan berakhir ke tong sampah. Anyway ternyata berbaloi resipi yang saya ambil dari http://salamisimon1.blogspot.my/2014/12/sedapnya-apam-pisang-tanpa-telur.html , nyata sedap, lembut dan gebu


Apam Pisang

    Bahan-bahan:
    • 1 cawan pisang lemak manis lecek halus
    • 2 cawan tepung gandum
    • 3/4 cawan minyak jagung
    • 3/4 cawan gula kastor
    • 1 sudu teh baking powder
    • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
    • secubit garam
    • 2 biji pisang lemak manis - hiris nipis untuk hiasan


    Cara:
    1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
    2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
    3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
    4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Amie gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
    5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
    6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.

      Notes


      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      Post a Comment