Pages

Saturday, January 28, 2017

TALAM MAKARONI KEJU



Hujung minggu duduk-duduk tak tahu apa hendak buat di rumah, saya join kelas demonstrasi masakan di Wah Seng Ipoh. Resipi dari Chef Zubaidah Che Pa ini dah banyak kali saya buat. Satu resipi yang menarik gambungan kuih talam di lapisan bawah dan casserole di bahagian atasnya. Sedap dimakan bersama cili sos dan sesuai buat sarapan atau minum petang


Talam Makaroni Keju
Bottom Layer

  • 120 g rice flour / 120 g tepung beras
  •  50  g tapioca flour / 50 g tepung ubi
  •  50 g flour / 50 g tepung gandum
  • 250 g coconut milk / 250 g santan
  • 500 g water / 500 g air 1 tsp salts
  • 1 sdt teh garam

Cara Menyediakannya
  1. Combine all ingredients sieve and cook over low heat till thicken / Masukkan semua bahan tapis dan masak atas api kecil sehingga kental.
  2. Pour over a baking sheet and steam for 20 minutes / Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
 For The Fillling / Untuk Intinya

  • 400 g minced meat / 400 g daging kisar
  • 1 packet curry powder / 1 paket rempah kari
  • 2 tbsp chili powder / 2 sdb serbuk cili
  • 3 onion dice / 3 bawang besar dipotong dadu
  • salts and sugar to taste / garam dan gula secukup rasa
  • 3 tbsp oil / 3 sdb besar minyak masak
Cara Menyediakannya

  1. Heat up oil and sautee onion..add in curry and chili powder. Cook till fragrant then add in minced meats. Add salts and sugar to taste and cook till done and set aside / Tumiskan bawang besar sehingga layu. Masukkan rempah kari dan cili..masak sehingga naik baunya. Akhir sekali masukkan daging..garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga daging masak dan sehingga agak kering. Angkat dan letak sebelah. 

For The Top Layer / Untuk Bahagian Atas 
4 eggs / 4 biji telur 
 50 g flour / 50 g tepung gandum 
200 g coconut milk / 200 g santan
200 g water / 200 g air 
30 g cornflour /30 g tepung jagung 
200 g cooked macaroni / 200 g makaroni yang siap di rebus Mozerella Cheese / Mozerella Cheese - Optional Cut Red Chilies and Spring onions / Hirisan cili merah dan daun bawang untuk tabur, 

Cara Menyediakannya
  1. Whisk eggs,coconut milk and all the dry ingredient till incorporated..seive and add in macaroni and fillings. Stir and combine well. Pukul telur dan masukkan santan dan semua bahan kering. Masukkan garam secukup rasa gaul rata dan tapis. Masukkan macaroni dan inti daging tadi dan gaul rata. 
  2. Take a fork...and poke on the cook bottom layer then pour in the macaroni mixture and sprinkle cheese, red chilies and some spriing onions. steam for another 30 minutes  Gunakan garfu dan cucuk2 bahagian bawah yang telah dikukus tadi...kemudian curahkan adunan makaroni, taburkan parutan cheese, cili merah dan daun bawang. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

Wednesday, January 25, 2017

PAJERI NENAS PATY'S



Ini lauk favourite zaman sekolah dan kekal menjadi lauk favourite sehingga sekarang. Saya tidak menggunakan santan untuk resipi pajeri saya seperti kebanyakkan resipi kerana saya lebih senang bermainkan rempah dan bahan tumis, rasanya lebih kurang sama dengan yang bersantan so option makanan sihat tanpa kompromi dengan rasanya. 

Paling saya suka makan bersama nasi panas yang dimasak lembik sedikit bersama tenggiri asin dan ulaman



Pajeri Nenas

    • 1 biji nenas [potong kecil]
    • 1 inci halia 
    • 5 ulas bawang merah ] tumbuk
    • 2 ulas bawang putih ]
    • 1 sudu besar udang kering [tumbuk]
    • 3 cawan air

    Bahan Tumis

    • 1 inci cm kulit kayu manis
    • 5 biji buah Pelaga
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 1 paket kecil rempah kari ikan [bancuh ngan air dan bahan tumbuk]
    • 4 sudu besar minyak
    • 2 sudu besar gula merah/putih
    • 2 sudu besar kerisik
    • Garam secukup rasa

    Cara membuat
    Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
    manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
    Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
    periuk.

    Masukkan air garam serta gula merah/pasir.

    Masak hingga kuah pekat dan naik minyak








      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
      nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      GARLICKY FRENCH BEANS / BUNCIS GORENG BAWANG PUTIH



      JJCM di JB baru ni, singgah Stulang Laut, makan2 seafood. Bila saya minta tokey recommend kan sayur terbaik restorannya dia cadangkan saya Buncis Goreng ini, katanya favourite penggunungnya makanya saya order dan nyata memang sedap, buncisnya ranggup dan begitu menyelerakan. Memerlukan cuma 3 bahan untuk menyediakannya, cukup simple dan hasilnya memang hebat

      Sedap makan bersama nasi panas dan lauk2 lain. I love this


      Buncis Tumis Bawang Putih

        • 300 g buncis dibuang tepi dan dikerat dua
        • 2 ulas bawang putih dicincang 
        • 2 sdb minyak zaiton

        Method

        1. Celur kacang 2-3 minit angkat dan toskan
        2. Panaskan minyak zaiton dan tumis bawang putih sehingga kekuningan
        3. Masukkan garam dan perasa
        4. Masukkan buncis yang dicelur tadi, balik2kan dan angkat 

          Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
          nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          Thursday, January 19, 2017

          CHEESE CREAM PUFF / KRIM PUFF KEJU



          Cheese Pastry Puff ini lebih mendapat sambutan di tanah seberang daripada di sini, kulit puff di masukkan edikit mozarella cheese manakala fillingnya dimasukkan sedikit cream menjadikan cream puff ini cheesy dan lemak. Ramuan dan cara membuatnya sama aje seperti cream puff biasa. Bagi cheese lovers puff ini pasti menjadi pilihan.


          Cheese Pastry Puff

            Bahan-Bahan Kulit Puff:

            • 150 gram tepung 
            • 250 ml air
            • 1/2 sdt garam
            • 15 gram gula tepung
            • 125 gram margarin
            • 50 gram mozarella cheese
            • 4 butir telur


            Bahan Filling Puff:

            • 400 ml susu cair
            • 100 gram cream cheese
            • 50 gram gula pasir
            • 50 gram tepung jagung
            • 1/2 sdt garam
            • 125 ml whip cream
            •  
            • 2 kuning telur


            Bahan Untuk Taburan:

            3 sdt gula tepung

            Cara Membuat Kulit Puff:

            1. Satukan mentega, air dan garam.
            2. Masak kembali sampai semua bahan mendidih. Matikkan api 
            3. Setelah itu tuangkan kedalamnya tepung dan kacau2 bahan ini secara merata sampai kalis dan tekstur dari adonan menjadi lebih menggumpal. 
            4. Hidupkan semula api.
            5. Kacau bahan tersebut secara merata sampai semua bahannya tercampur kembali. Angkat dan sejukkan
            6. Masukkan telur pada adonan dengan perlahan satu per satu dan kacau dengan cepat menggunakan spatula sampai merata hingga telur dan bahan ini menyatu.
            7. Masukkan keju dan sebatikan
            8. Sementara itu, sapukan terlebih dahulu loyang yang sudah disiapkan dengan menggunakan margarin secara merata. Kemudian panaskan juga oven dengan suhu 200 
            9. Setelah selesai masukkan adunan dalam piping bag dan paip adunan mengikut bentuk yand disukai
            10. Bakar dalam oven sampai masak selama kurang lebih 20-25 minit. Hingga warnanya kecoklatan dan kering.


            Cara Membuat Filling:

            1. Masak terlebih dahulu susu bersama dengan gula pasir, garam dan juga cream cheese dengan menggunakan api yang sedang sampai agak mendidih.
            2. Selagi menunggu silahkan kocok krim sampai mengembang dengan menggunakan mixer dan sisihkan sementara.
            3. Kemudian masukkan larutan tepung jagung kedalam campuran susu dan pekatkan secara merata. Matikkan api dan masukkan kuning telur kedalamnya. Kacau dengan cepat, lalu nyalakan kembali api dan kacau2 sampai meletup-letup. 
            4. Angkat dan sejukkan akhir sekali masukkan whip cream yang dipukul naik, gaul rata
            5. Masukkan dalam piping bag dan pipekan pada puff yang telah dibelah dua terlebih dahulu
              Notes


              RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
              nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

              CHOCOLATE SLICE WITH CHOCOLATAE CREAM CHEESE FROSTING



              Ramai homebaker menggunakan resipi kek chocolate ini makanya saya terpanggil untuk mencubanya. Reispi dari Azlita Masam Manis ini memang cukup moist dan sedap Untuk frosting kek ini saya menggunakan Chocolate Cream Cheese Frosting nyata fit well dengan kek ini.


              Kek Chocolate dan Chocolate Cream Cheese
              Bahan A
              • 300 gm tepung gandum
              • 100 gm serbuk koko
              • 1 sudu teh serbuk penaik
              • 1 sudu teh soda bikarbonat


              1. Satukan semua bahan
              2. Kemudian ayak
              3. Ketepikan
                 
              Bahan B
              • 3 biji telur A saiz
              • 400 gm gula kastor
              • 1 sudu teh esen vanilla

               
              Bahan C
              • 250 ml susu cair
              • 250 ml minyak jagung


              Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

              Bahan D
              • 250 ml air panas


              1. Satukan semua bahan B
              2. Pukul hingga putih
              3. Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
              4. Pukul hingga sebati
              5. Boleh pukul dengan Hand Mixer atau Stand Mixer, kalau guna Stand Mixer guna pemutar bentuk belon
              6. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. 
              7. Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
              8. Tambahkan air panas dan gaul rata
              9. Adunan yang telah di gaul rata
              10. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak 
              11. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
              12. Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.

              Chocolate Cream Cheese Frosting
              • 250 g cream cheese
              •   50 g mentega
              • 3 cawan gula ising
              • 1/2 cawan serbuk kok
              • esen vanilla

              1. Pukul cream cheese dan mentega sehingga gebu
              2. Satukan gula ising dan serbuk koko
              3. Masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan cream cheese sehingga habis
              4. Masukkan esen vanilla dan siap untuk disapu diatas kek



                  Notes


                  All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
                  nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                  KAMBING PERAP / LAMB SLICE


                  Kambing perap ini sebenarnya tidak mempunyai resipi khas bak kata orang dolu-dolu main agak-agak dan main campak aje  sungguhpun gitu penting untuk mengetahui bahan apa yang hendak digunakan. Paling mudah ialah, lada hitam sos tiram dan cili sos dan jika suka boleh diletakkan sedikit madu. Bahan-bahan ini digaulkan bersama kambing dan diperap sekurang-kurangnya 3 jam dan sebaik-baiknya semalam. Boleh dipanggang oven mahupun bakar cara bbq. 

                  Kadangkadang penggunaan bahan simple juga boleh diolah menjadi...bak kata adik saya kita buat dia dan jika inginkan pedas boleh dimasukkan paprika. Lelehan air dari kambing panggang ini sedap dibuat sos


                  Kambing Perap

                    • 1 labu bawang putih
                    • Segenggam lada hitam
                    • Sos Cili
                    • Sos Tiram

                    CARA – CARA :


                    1. Goreng bawang putih dan lada hitam dalam sedikit minyak.
                    2. Tumbuk bawang putih dan lada hitam yang siap digoreng, masukkan minyak gorengan sekali.
                    3. Lumurkan bahan tumbuk pada daging kambing / lembu / ayam yang siap dicuci.
                    4. Masukkan sos cili dan sos tiram. Gaul rata.
                    5. Perap minimum 30 minit. Kalau lagi lama perap lagi sedap.
                    6. Dah siap perap tu bolehlah nak bakar ke panggang ke guna oven ke guna pemanggang ajaib ke guna arang ke, ikut suka masing-masing. Kot nak goreng pun boleh.
                    7. * Boleh juga tambah serbuk paprika jika suka pedas.

                    Notes


                      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
                      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                      CHOCOLATE MALT BUTTERCREAM


                      This is really nice frosting, frosting ini sesuai untuk chocolate cake jika ingin lari dari normal ganache. Campuran koko, milo dan nescafe memang awesome. Saya buat untuk anak teruna saya yang menyambut ulang tahun ke 25 perghhh rasanya macam milkshake....memang awesome





                      Chocolate Malt Buttercream


                        • 170 g butter
                        • 1/2 cawan coco powder
                        • 1 cawan gula ising
                        • 1 sdt vanilla
                        • 2 sdb susu segar
                        • 1/2 cawan whipped cream
                        • 1/3 cawan milo
                        • 1 sdt nescafe
                        Cara Menyediakannya
                        1. Pukul mentega serbuk koko, gula ising, vanilla dan nescafe sehingga kembang
                        2. Masukkan milo pukul lagi
                        3. Akhir sekali masukkan whipped cream dan susu
                        4. Pukul sehingga rata dan sebati
                        Notes


                        RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
                        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
                        nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.