Pages

Thursday, December 15, 2016

KERIA GULA MELAKA


Agak menakjukkan, tiba-tiba keria gula Melaka ini menjadi sebutan, boleh dikatakan saban hari di FB ada yang menayang kue ini makanya jadi penasaran kita dibuatnya...ha...ha betul-betul clueless kita dibuatnya. Hendak merasa tidak tahu mana hendak mencarinya, hendak buat tak hairan gundah gulana kita dibuatnya kerana setiap hari ada yang bercerita kehebatannya, makanya kita cari tahu risik sana sini baru tahu bahawa ianya kue keria biasa tapi disira dengan air gula melaka....makanya saya terus mencuba. 

Memang sedap tapi kerana saya tidak pernah merasa originalnya jadi saya tidak tahu sama ada kue ini sepatutnya bersira atau berkilat basah seperti karamel. Apapun semuanya bergantung pada citarasa kita juga ya...dan semuanya adalah pilihan kita and for a start saya pilih yang bersira



Keria Gula Melaka

  • 500 g keledek putih
  • 1 cwn tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder ~ayak
  • 1 sdb tepung berad
  • garam secukup rasa
  • Air secukupnya untuk merebus keledek
  • minyak utk menggoreng


Cara2
  1. Keledek dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  2. Masukkan keledek, garam dan air secukupnya ke dalam periuk dan rebus hingga empuk
  3. Setelah empuk angkat toskan airnya dan lecek keledek hingga lumat sementara ia masih panas .. Biarkan sejuk baru letakkan tepung.
  4. Kemudian gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil ~ ikut suka saiz nk besar mana
  5. Goreng kuih keria di dalam minyak yg sederhana panas hingga kuning keemasan
  6. Angkat dan toskan minyaknya.. Biarkan sejuk seketika baru disira dengan gula melaka


Sira Gula Melaka

  • 1 block gula melaka  
  • Sedikit gula batu 
  • 1 sudu besar gula kasar
  • 5 sudu besar air


  1. Hiris / hancur kan gula melaka dan gula batu supaya mempercepatkan proses gula larut dan mencair
  2. Di dalam kuali masak gula melaka , gula batu ,gula kasar dan air hingga berbuih /mendidih dan pekat
  3. Masukkan kuih keria tadi dan kacau rata supaya gula melekat pada seluruh kuih.. Tutup api dan gunakan lidi/chopstick untuk jarakkan kuih supaya tidak melekat apabila telah sejuk

    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    Post a Comment