Pages

Sunday, November 20, 2016

TOM KHA GAI / TOM YAM AYAM BERSANTAN



Tom Kha Gai adalah menu Thai yang menyerupai Tom Yam tapi tidak menggunakan paste Tom Yam kerana Tom Kha Gai ini menggunakan santan dan berwarna putih. Ada yang memanggil Tom Yam putih. Bahan utama adalah isi dan dada ayam yang dipotong kube dan cendawan. Seperti Tom Yam aroma utamanya ialah hirisan serai, lengkuas daun limau dan daun ketumbar.

Rasanya pula ialah lemak-lemak masam dan sedap dihidang bersama nasi panas dan telur dadar




Tom Kha Gai

  • 300g ayam - potong kecil 
  • 1 cawan 
  • 2 cawan air
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 inci lengkuas - hiris nipis
  • 3-4 cili padi
  • 1/2 biji bawang besar - potong baji
  • 1-2 helai daun limau purut
  •  1-2 sudu makan sos ikan
  • sedikit gula
  • daun basil @ ketumbar


Cara-cara
  1. Rebus air dan masukkan ayam. Bila ayam setengah masak, masukkan semua bahan2 lain.
  2. Didihkan. Jika inginkan lagi masam, perahkan jus limau nipis.
  3. Hidangkan panas dengan menaburkan daun ketumbar.
    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


    No comments:

    Post a Comment