Pages

Wednesday, November 30, 2016

DAGING GORENG BEREMPAH



Saya jarang masak daging tapi jika masak saya suka masak daging goreng berempah ni...perghh can be addictive ha..ha susah nak stop. Untuk resipi ini saya campurkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih, untuk resipi yang sama boleh juga gunakan rempah kurma

Untuk memeriahkan lauk saya masukkan juga sedikit hirisan kentang goreng



Daging Goreng Berempah
  • 1 kilo daging di rebus sampai empuk
  • (guna periuk tekanan 20mnt sahaja
  • *5 ulas bwg kecil
  • *3 ulas bwg putih
  • *1 inci halia 
  • 1 sdb serbukk ketumbar
  • 1 sdt serbuk jintan putih
  • 1 sdb serbuk jintan manis
  • 3 sdb minyak utk menumis
Bahan Tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang

Bahan Tambahan
  • 2 biji kentang dihiris bulat goreng dan letak tepi
  • 1 biji tomat dihiris bulat
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 1 tangkai daun ketumbar dihiris

Cara masak

  1. Panas kan minyak, tumis bahan tumis sehingga naik baunya
  2. Masukkan bahan blend yang telah digaulkan dengan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk intan putih
  3. Tumis sehingga agak garing dan masukkan daging,
  4. Kacau rata dan masukkan sedikit air rebusan daging biar berkuah sedikit 
  5. Bila dah hampir kering masukkan kentang tomato hirisan bawang besar dan daun ketumbar

    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    Post a Comment