Pages

Thursday, September 29, 2016

CHOCOLATE PEPPERMINT CUPCAKES


Chocolate dan peppermint adalah atu kombinasi yang segar dan sedap. Cupcake ini adalah chocolate cupcakes biasa yang dihiasi dengan Peppermint Buttercream.  Apa yang menarik tentang resipi chocolate cupcakes ini adalah ia merupakan chocolate moist cake versi cupcake. 

Nyata cupcakes ini cukup moist dan kehebatan peppermint buttercream ini membuatkan cupcakes ini tidak jemu dinikmati.



Chocolate Buttercream Cupcakes

Untuk cupcake


  • 1 cawan tepung
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 1 sdt bicabonate soda
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 sdt vanilla
  1. Satukan semua bahan kering dan ketepikan
  2. Dalam bekas lain kacau semua bahan basah kecuali air panas
  3. Campurkan bahan basah dan bahan kering dan gaul rata
  4. Akhir sekali masukkan air panas dan vanilla dan gaul rata sehingga sebati
  5. Masukkan dalam acuan cupcake dan bakar pada suhu 180 C selama 15 - 20 minit
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan buttercream peppermint
Untuk resipi Mint Buttercream klik di sini :-



    Notes

    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


    MIXED GRILL MY WAY


    Biasanya mixed grill akan dilengkapi dengan 3 bahan utama, ayam sausage atau lamb, tetapi mixed grill saya kali ini cuma ada dua, ayam dan sausage kerana anak-anak di rumah kurang meminati kambing, anyway dua grill ini sudah memadai.

    Perapan ayam saya cukup simple dan mudah disediakan. Untuk impak yang lebih saya perap ayam semalaman


    Mixed Grill - Perapan Ayam

    • 2 sdb minyak zaiton.
    • 2 sdb Dijon mustard. 2 sdb gula perang.
    • 1 sdb Worcestershire sauce.
    • 2 ulas bawang putih dicincang.
    • 1/2 sdt thyme
    • 1/2 sdt maggi seasoning
    • 1 sdt jus limau nipis
    Gaulkan semua bahan dan perap pada ayam semalaman
    Grill atau bakar sehingga masak.
      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      SAMBAL CENCALUK


      Jangan fikir semua orang pernah merasai cencaluk dan jangan fikir juga semua rang tahu apa itu cencaluk...ha...ha baru ini anak berjalan-jalan holiday ke Kota Melaka, saya pun pesan cencaluk....m.k aii dia tanya saya baik apa itu cencaluk. 

      OMG I have to give her the description of cencaluk and told he it was heavenly good with rice. She bught me 2 bottles and I made this sambal....ha kau baru dia tahu bagaimana hebatnya samba cencaluk ini.


      Sambal Cencaluk


      • 1/2 botol cencalok
      • 7 ulas bawang merah ~ di hiris
      • 10 tangkai cili padi hijau ~ di hiris
      • 5 biji limau kasturi ~ perah jusnya dan hiris kulitnya nipis-nipis
      • sedikit nenas ~ di cincang halus
      • 1 biji limau nipis ~ ambil jusnya




      Satukan semua bahan dan gaul rata
      Perahan limau nipis dapat menghilangkan bau hamis cencalok
      .
      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      Wednesday, September 28, 2016

      SERABAI MAMI PATY



      Yang pasti setiap kali balik Penang pasti singgah breakfast di Taman Saadon..ha...ha di situ la adanya serabai yang terbaik. Baru ini balik tapi nasib kurang baik, gerai serabai tutup makanya terkulat-kulat kita dibuatnya tetapi nasib baik adik bawa saya ke kedai di Ujung Pasir katanya beli acuan serabai dan buat sendiri. Resipi serabai pun dia tolong googlekan.

      Balik KL cari durian dan  buat satu adunan, ahamdulillah sampai juga hajat, dan saya cuma peru belajar untuk control api agar serabai tidak gareng di bawah, insyallah next try


      Serabai Kuah Durian

      • 2 cawan tpg beras
      • 3/4 cawan nasi sejuk
      • 1 sudu kecik yis
      • 1/2 cawan santan
      • 1 cawan air
      • 1/2 cawan air suam
      • 2 sudu besar gula
      • sedikit garam


      1. yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 mnit utk memastikan yis aktif...
      2. kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi..dah hancur nasi tu
      masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi kacau sebati ..
      3. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup
      4. Panaskan acuan kuih serabai atau dlm pan kecik ke atau dalam acuan kuih bakar..sapu dgn sedikit minyak dalam acuan tersebut...dah betul2 panas acuan tu masukkan adunan dlm acuan... sederhanakan api dapur dan tutup acuan...agak2 dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak...cungkil guna benda tajam tuk keluarkan kuih dari acuan

      Kuah durian

      • 1 keping gula melaka
      • 2 mgkuk santan sederhana pekat
      • durian 2@3 ulas
      • gula jika perlu
      • daun pandan disimpul
      • sedikit garam
      • 1 sudu tpg gandum*
      • sedikit air *
      • * gandum dan air bancuh terlebih dahulu

      caranya
      1. gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis tuk membuang bendasing 
      2. masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi.. masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.. jika kurang manis tambah la gula dan masukkan campuran gandum tadi tuk memekatkan kuah ..kacau sentiasa dan sehingga masak..


        Notes


        RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        SAYUR GORENG CENDAWAN TELINGA GAJAH


        Ha...ha bunyinya pelik tapi masyallah rasanya sedap. Cendawan telinga gajah namanya mungkin ia kehitaman dan menyerupai telinga gajah. Cendawan ini perlu direndam dahulu sehingga kembang dan lembut, biasanya dalam 15 minit. Saya tidak mengguna banyak sayur, cuma kobis, karot dan kacang peas. Udang atau sotong boleh digunakan untuk resipi ini tapi pilihan saya ialah udang

        Tidak perlu memasaknya lama cukup dengan balik-balikan dan angkat agar sayur kekal ranggup.


        Sayur Goreng Cendawan Telinga Gajah

        Bahan bahan:
        • 1/4 dipotong dan dibersihkan
        • 1/2 batang karot dihiris nipis
        • 1 cawan kacang peas
        • 4 keping cendawan telinga gajah direndam dahulu
        • 200 g udang sederhana besar
        • 3 ulas bawang putih dicincang
        • 1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 1/4 cawan air
        • Sedikit sos tiram
        • Serbuk perasa
        • Garam

        Cara cara:

        Tumis udang sehingga berubah warna, masukkan bawang putih cincang sehingga naik baunya

        Kemudian masukkan karot dan kobis. Kacau rata dan akhir sekali masukkan kacang cenaan teinga gajah  Masukkan sedikit sos tiram, garam dan serbuk perasa secukup rasa dan air bancuhan tepung jagung

        Tambah air jika perlu, balik-balikan dan angkat
          Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


          Tuesday, September 27, 2016

          SINGGANG IKAN TENGGIRI BENDI


          Lauk singgang ini adalah antara lauk yang tidak menjemukan malah boleh dikategorikan sebagai lauk yang sihat kerana tidak menggunakan minyak. Semua bahan direbus aje Pilihan ikan adaah bergantung kepada citarasa masing-masing, begitu juga dengan bahan sampingan, tapi biasanya rang lebih gemar meletakkan bendi. 

          Jika sukakan ia lebih cerai bolehlah dimasukkan sedikit kunyit. Memang sedap dimakan bersama nasi panas dan sambal beacan.



          Singgang Ikan Tenggiri
          • 1 -2  keping ikan tenggiri
          • 2 ulas bawang putih | hiris halus
          • 2 ulas bawang merah | hiris halus
          • 1 batang serai | titik
          • ½ inci halia | hiris
          • ½ inci lengkuas | hiris halus
          •  2 keping asam gelugur
          • 4-5 bendi
          • 2 cawan air
          • Gula dan garam secukupnya


          CARA MEMASAK:
          1. Basuh ikan sebersihnya. Ketepikan.
          2. Didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
          3. Masukkan juga serai yang telah dititik, halia dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan pula ikan dan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

          4. Biar mereneh seketika sehingga ikan masak.
          Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          SUPER MOIST FRESH APPLE CAKE


          Setiap kali jika ada ahli keluarga yang dimasukkan ke hospital kita akan berakhir dengan rumah penuh dengan lambakan buah-buahan dari tetamu yang datang ziarah..ha..ha resipi kali ini adalah hasil dari lambakan buah epal sehingga udah tak tahu hendak dibuat apa, makanya saya goggle dan jumpa resipi kek ini di food.com. Scan bahan yang diperlukan saya terus buat. Bahannya mudah dan cara membuatnya pun mudah...saya cuma olah sedikit aje dari segi penampilan kek ini,...dek kerana saya perlu habiskan buah- buah epal ini makanya saya gunakannya diatas kek, hiris nipis dan susun atas kek.

          Kek ini memang moist kerana glazenya dicurah untuk menjadikan ia moist. Kek sedap ini sesuai buat minum petang.


          Super Moist Fresh Apple Cake

          • 3 eggs
          • 1 1⁄2 cups oil
          • 2 cups sugar
          • 3 cups flour, sifted
          • 1 teaspoon salt
          • 1 teaspoon baking soda
          • 1 cup pecans or 1 cup walnuts, chopped
          • 2 teaspoons vanilla
          • 4 Granny Smith apples, about 3 1/2 apples
          Glaze
          • 1 cup light brown sugar
          • 1⁄2 cup butter
          • 1⁄2 cup milk

           DIRECTIONS


          1. Cream together the eggs, oil and sugar.
          2. In a separate bowl, sift the flour, salt and baking soda.
          3. Combine all.
          4. Now add your nuts, vanilla and apples.
          5. Note~this batter is very stiff, don't worry, it's suppose to be that way. When the apples cook they add plenty of moisture to the cake to make it moist. 
          6. Pour into a greased and floured 9 X 13 cake pan. Bake at 350 for 45 minutes or until a toothpick comes out clean from the center of the cake.
          7. In a sauce pan, combine your glaze ingredients and boil for a few minutes. Set aside.
          8. When cake is done, puncture the top of cake with a fork, quite a bit. Pour on your glaze.
            Notes


            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



            Monday, September 26, 2016

            CHOCOLATE PEAR CAKE


            Kek ini cukup unik, buah pear di poached bersama air gula dan dibenamkan dalam kek batter....ha..ha bila sudah masak kita seolah-olah menikmati dua hidangan a chocolatae cake dan pear poach Kek dan resipi adalah inspirasi dari Donna Hay Chef tersohor dari Aussie 

            Saya memang suka kek ini dan paling best saya menikmatinya dengan vanilla ice cream...perghhh nikmat tak terkata



            Chocolate Pear Cake

            • 4 small pears
            • 500ml water
            • 170g granulated or caster sugar
            • 1 teaspoon ground cinnamon
            • 1 teaspoon lemon juice


            1. Peel the pears, slice the bottoms off so they are level, and cut the seeds out from inside the pears.
            2. Put the water, 170g of granulated or caster sugar, 1 teaspoon of caster sugar, and 1 teaspoon of lemon juice. Heat the water, stirring occasionally, until the sugar has dissolved, and the water is gently simmering. Put the pears into the water, and gently poach for about 10 minutes, until the pears have softened slightly. Remove from the water, and drain onto kitchen paper to remove excess water.


            For the cake:

            • 185g butter (soft)
            • 1 ½ cups brown sugar
            • 3 eggs
            • 2 cups self-raising flour
            • 1/3 cup cocoa powder


            Beat the sugar and butter together until light and fluffy, add eggs one at a time and mix well. Sift the flour and cocoa into the bowl and mix well until everything is combined.

            Spoon the mixture over the pears, smooth the top and bake for 50-60 minutes or until cooked through.

            Cool for about 10 minutes and then invert onto a serving plate.

             Notes



            RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



            MY PEAR PEACH CRISP



            Mama mia tak sangka benda yang sesimple ini begitu enak sekali, dessert ini saya gunakan pear dan peach, manakala toppingnya saya masukkan sedikit oats dan di situ la letaknya keranggupanya. Apple adalah antara yang paing digemari. Paling sedap bila dihidang bersama ice cream


            Pear Peach Crisp


            • 4 biji buah pear dibuang kulit dan hiris memanjang
            • 1 tin buah peach dibelah dua
            • 1/2 cawan gula merah
            • 1 sdt serbuk kayu manis
            • 5 sdb air sirap peach


            Gaul gula dan serbuk kayu manis bersama buah pear 
            Masukkan juga peach dan 5 sdb air sirap dari buah peach, letak sebelah

            Bahan untuk crisp


            • 1 cawan tepung
            • 1 cawan oats
            • 3/4 cawan mentega dipotong dadu
            • 1 cawan gula perang



            1. Gaul semua bahan sehingga menjadi serbuk roti dan lapiskannya bersama buah tadi dan bakar pada suhu 180 c selama 40 minit atau sehingga kekuningan
            2. Sejukan dan hidang bersama ice cream
            Notes


            RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.