Pages

Thursday, June 16, 2016

SAYUR GORENG TEMPE TOCHU



Sayur goreng ini adalah versi sayur rampai jawa yang simple dan tidak banyak bahan. Saya masukkan sedikit tocho untuk mendapatkan kemasinannya dan sedikit suon untuk memeriahkan sayur ini. 

Resipi sayur ini biar pun simple tapi cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi bila makan dengan nasi panas



Kacang Panjang Goreng Tempe Suon

  • 1 paket tempe - dipotong kecil dan nipis-nipis
  • 10 urat kacang panjang - potong serong
  • 3 biji cili merah dihiris nipis
  • 1 bawang merah dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 2 sdb tocho
  • 1 paket kecil sun direndam
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk goreng tempe dan tumis


Cara Memasak:-
  1. Goreng tempe hingga kelihatan rangup, angkat dan ketepikan/toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis cili, bawang merah dan bawang putih. Kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan kacang panjang dan tocho, kacau sekejap sahaja.
  4. Masukkan tempe yang telah digoreng tadi.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  6. Masukkan suon dan kacau rata
  7. Tutup api dan hidangkan.



      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      Post a Comment