Pages

Tuesday, June 21, 2016

LEBANESE MEAT ROLL / POPIAH DAGING



Orang Arab pun pandai makan popiah tetapi tak dipanggil popiah, di panggil meat roll. Paling digemari ialah inti daging kambing Cara membuatnya sama macam kita membuat popiah, cuma rempah yang digunakan berbeza, saya guna rempah briyani aje, cukup sedap dan lebih-lebih lagi dimasukkan sedikit pine nut yang digoreng

Meat Rolls ini sedap dimakan dengan minta sos atau sos asam jawa.




Lebanese Meat Rolls

  • 500 g isi daging kambing kisar
  • 2 biji bawang holland dicincang
  • 2 sdb rempah briyani
  • 3 ulas bawang putih 1" halia
  • 2 helai daun bay
  • 1 kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 cengkih
  • 1/2cawan pine nut digoreng dulu
  • 2 sdb minyak masak garam dan gula secukup rasa


Cara menyediakannya

  1. Halia dan bawang putih ditumbuk halus Gaulkan bahan tumbuk, rempah briyani dan daging kisar gaul rata dan perap seketika 
  2. Panaskan minyak, tumis bawang cincang tadi masukkan bay leaf dan bahan rempah tumis Tumis sehingga naik bau dan layu 
  3. Masukkan daging perap tadi gaul rata dan masukkan sedikit air dan pine nut Masukkan garam gula secukup rasa 
  4. Biar atas api sehingga daging empuk dan agak kering Angkat dan sejukkan Sedia dijadikan inti Klik sini untuk mengisi samosa menggunakan kulit pastry atau kulit popiah 
Klik sini untuk melihat cara membuatnya - http://www.hadiaslebanesecuisine.com/content/lebanese-meat-rolls
    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


    1 comment: