Pages

Saturday, June 11, 2016

BINGKA UBI KAYU


Inilah namanya kuih yang suka makan tapi malas membuatnya.....bukan malas apa, malas nak parut ubi, saya tak suka yang mesin nanti susah nak sukat kerana airnya. Jadi kalau ada yang volunteer nak parut ubi, makanya terhasil la bingka ini

Dolu2 cara bakar bingka ini lain sedikit menggunakan api atas bawah dan paling best guna kayu api dan arang tapi sekarang semuanya masuk dalam oven sahaja, kata orang sedapnya lain, yang dibakar pakai kayu api dan oven....apa pun I LIKE this kuih



Bingka Ubi Kayu

Bahan-Bahan :
  • 4 cawan ubi parut (ubi kayu anggaran 2 kg)
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 telur
  • 1/2 sudu garam
  • 1 1/2 cawan santan pekat ( jgn cair nanti adunan lembik )
  • 2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan
  • 2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
  • sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
  • beberapa titik pewarna kuning


Cara-Cara 

1. Parut ubi dan dapatkan sukat 4 cawan ubi)

2. Campurkan sagu ubi @pati ubi kayu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.

3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.

4. Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati

5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah

6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.

7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.

8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada tahap kerak yang anda suka....bergantung kepada oven
    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    Post a Comment