Pages

Sunday, May 22, 2016

MY RED BEAN BUN


Puas hati betul hari ini mencuba roti Red Bean Bun dan Mexican Bun, cantik sungguh kejadiannya, lembut dan gebu. Saya menggunakan resipi asas roti di catitan bawah, dari resipi asas ini satu saya letakkan inti red bean yang dibeli di kedai kek dan separuh lagi adunannya saya letakkan krim  seperti Mexican Bun atau Papa roti, memang puas hati

Resipi yang sama juga boleh diolah menjadi pizza doh atau dipebagaikan bentukkan dan intinya.





Bun Kacang Merah

  • 534 g tepung high protin
  • 128 g gula caster
  • 5.5 g yeast
  • 2 bijji telur
  • 232 g air
     5 g garam
  • 10.5 g susu tepung
  • 53 g mentega/margerine
Cara menyediakannya
  1. Satukan semua bahan kering dan masukkan telur
  2. Yeast disatukan dengan air dan kacau rata
  3. Pukul bahan kering sehingga sebati
  4. Perlahan-lahan masukkan yeast dan air, masukkan sedikit demi sedikit
  5. Pukul/Uli sehingga adunan tidak melekat pada mangkuk pengandun (lebih kurang 20 minit)
  6. Masukkan mentega dan uli lagi sehingga adunan tidak melekat dan elastik
  7. Angkat, sapukan minyak pada mangkuk dan letakkan adunan tadi tutup dengan tuala dan perap sehingga dua kali ganda
  8. Keluarkan dan tumbuk-tumbuk untuk keluarkan udara
  9. Uli dan bahagikan adunan kepada beberapa bahagian sebrat 40 g
  10. Tutup dengan plastik wrap sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam
  11. Keluarkan dan masukkan inti kacang merah
  12. Perap sehingga naik dua kali ganda sapukan dengan telur dan bakar pada suhu 180 c selama 20 minit
Notes




RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

No comments:

Post a Comment