Pages

Sunday, May 15, 2016

MEE GORENG PEDAS


Saya jarang masak mee kuning, kerana kekadang mee yang dibeli dikedai menggandungi banyak acid tapi kali ini tekak dah inginkan sangat makanya terpaksa buat. Ada masanya saya suka mee digoreng basah dan ada masanya saya inginkan yang kering, sebab itu saya pastikan saya mempunyai air rebusan daging yang cukup.

Jika inginkan warna mee kehitaman makanya boleh adjust menggunakan kicap pekat. Saya suka makan mee goreng bersama teur rebus, oleh itu saya tidak pecahkan telur semasa menggoreng Mee yang siap sedap ditabur dengan daun bawang dan bawang goreng




Mee Goreng Pedas


  • 1 paket mee kuning
  • 3 pokok sawi dipotong panjang
  • 1 genggam taugeh
  • 2 keping tauhu - di goreng dan dihiris nipis
  • 300 gm udang sederhana
  • 200 gm daging - rebus dan di hiris simpan air rebusan


Bahan tumis:

  • 1 labu bawang besar - dihiris

Kisar:

  • 15 tangkai cili kering (di gunting dan rebus hingga kembang)
  • 3 labu bawang putih 
  • 1 labu bawang besar
Seasoning:


  • 2 sdb besar sos tiram
  • 3 sdb kicap manis 
  • 2 sdb sos tomato
  • 1 sdt maggi seasoning
  • 1 sd makan gula
  • 1 sdt garam (atau secukup rasa)

Caranya:


  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik baunya, masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing (kacau selalu).
  2. Masukkan udang dan daging. Kacau rata. Kemudian masukkan air rebusan daging
  3. Masukkan batang sawi..perlahankan api, masukkan bahan2 seasoning dan kacau rata, penghabisan sekali garam.. 
  4. Masukkan mee dan gaul rata atas api besar hingga mee sebati dengan bahan2 rencah. Kemudian baru masukkan sawi dan taugeh, gaul lagi sehingga sawi layu.
  5. Padamkan api dan hidangkan dgn hirisan tahu daun bawang telur tebustdan bawang goreng jika suka.
Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


No comments:

Post a Comment