Pages

Wednesday, April 27, 2016

TERUNG GORENG SAMBAL/EGG PLANT SAMBAL


The best to describe this dish is simple yet satisfying.....memang itulah hebatnya terung sambal ini, simple dan cukup memuaskan apabila dihidang dengan nasi panas. Kadang kala tidak perlu lauk lain. 

Saya kalau masak terung ini lebih suka dibelah dua dan lebih suka ikan bilis goreng itu ditabur atas semasa dihidang. Cara ini bleh menambahkan keranggupan ikan bilis.


Terung Goreng Sambal

  • 2 biji terung panjang dibelah dua dan digoreng garam kunyit
  • 25 tangkai cili kering- dikisar
  • 1 biji bawang besar dikisar
  • 100 g ikan bilis digreng
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula dan garam


  1. Terung di belah dua, cuci bersih dan di goreng separuh masak.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  3. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga terbit bau.
  4. Masukkan terung, garam, gula dan air asam jawa.
  5. Tumis hingga kering. 
  6. Tabur ikan bilis goreng


    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    Post a Comment