Pages

Tuesday, April 26, 2016

BOLOGNESE SAUCE



Dah berhari cuba hendak upload resipi tapi line internet cukup menyakitkan hati, alhamdulillah hari ini jalan ok. Ini resipi favourite saya. Untuk sos yang enak saya gemar meletakkan fresh herbs especially fresh basil....cukup menaikkan aroma sosnya.

Untuk menambahkan lemak pada sos saya letakkan cheese, the best is cheddar atau mozarella dah tak ada saya letakkan slice cheese aje.


Bolognese Sauce

    Bahan-bahan
    500gm daging cincang
    1 tin sos tomato
    2 biji bawang holland | cincang
    5 ulas bawang putih | cincang
    5 biji tomato | potong dadu)
    1/2 biji lobak merah | potong dadu
    3-4 biji cendawan butang | potong dadu
    1 cawan air
    1 kiub stok daging lembu (optional)
    1 genggam fresh basil dicincang
    3  keping sice cheese
    Oregano atau Italian herbs
    Garam secukup rasa
    Minyak masak untuk menumis

    Cara-cara:
    1. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
    2. Kemudian masukkan daging cincang.Goreng hingga warna daging keperangan.
    3. Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan butang.Goreng sehingga sayur lembut.
    4. Masukkan sos tomato, air kacau hingga sekata.
    5. Masukkan oregano/basil italian herbs dan stok daging lembu.
    6. Biar sehingga mendidih kemudian masak hingga api perlahan sehingga kuah menjadi pekat akhir sekali masukkan slice cheese kacau rata
    7. Siap untuk dihidangkan.



    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



    No comments:

    Post a Comment