Pages

Saturday, April 23, 2016

BAWAL GORENG SAMBAL KOBIS LEMAK PUTIH



Masakan harian yang simple, menyelerakan dan sedap. Biasanya kalau saya masak bawal sambal ini saya akan gu kan lauk ini dengan masak lemak kobis putih. Memang cukup mantap kombinasi ini dan jamin siapa aje makan pasti tidak tearhenti pada satu pinggan aje..


Bawal Goreng Sambal

  • 1 ekor ikan  bawa diptong 4 digoreng garam kunyit
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 1 sdb air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 senduk minyak masak



Bahan kisar:
  • 25 tangkai cili kering – buang biji, rebus & kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 2" belacan



Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 

Bila cili benar benar masak garing dan terbit minyak, masukkan sedikit gula dan garam terlebih dahulu sekadar untuk menggaringkan sambal.

Kemudian masukkan sedikit air supaya cili tidak hangit. Selepas itu, baru dimasukkan air asam gula,  dan garam secukupnya 

Akhir sekali, masukkan ikan  yang digoreng terdahulu dan biarkan merenih lama lama sehingga sambalnya agak pekat dan terbit minyak.  Masukkan hirisan bawang besar dan bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.




No comments:

Post a Comment