Pages

Sunday, March 27, 2016

NASI KABSAH LAUK KETAM KARI KERING


Kombinasi dua resipi ia itu nasi kabsah dan ketam masak kari kering. Saya membuat cara ringkas, menggunakan rempah kabsah yang dibeli di kedai arab. Kari ketamnya saya buat cara kering, baru sesuai digandingkan dengan nasi ini. Sedikit acar timun boleh menambahkan keenakan hidangan ini


Kabsah Ketam

  • 4 cawan beras basmathi 
  • 4 cawan air 


Bahan Tumis Nasi 

  • 3 sdb minyak sapi 
  • 2 biji bawang besar didadu 
  • 2 sdb kabsah atau briyani
  • 5 biji cili hijau dipatah-patahkan 
  • 2 biji tomato buah dicincang atau didadu halus 
  • 2 sdb tomato pes 
  • 1/2 stok pati ayam 
  • 3 helai bay leaf.. 


Bahan kering 
  • 1 tangkai kayu manis 
  • 1 sdt  ladi hitam biji dipecah2kan sedikit 
  • 5 biji buah pelaga 
  • 7 biji bunga cengkih 


Cara Membuatnya 
  1. Panaskan minyak sapi atau minyak zaiton atau pun butter pun boleh Tumis bawang besar sehingga layu. 
  2. Masukkan bahan tumis kering dan daun bay
  3. Masukan gabungan rempah kabsah,.cili hijau yang dipatah-patahkan. 
  4. Tumis sehingga naik baunya..masukkan tomato buat yang dicincang biar seketika kemudian masukkan air
  5. Biar didih seketika kemudian masukan pes tomato..masukkan garam dan stok pati ayam. 
  6. Masukkan beras Masak sehingga nasi kering biar sehingga nasi masak.
Untuk Kari Ketam Kering
  • 1 kg ketam dibersihkan dan goreng garam kunyit
  • 2 bungkus rempah kari Babas
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 inci halia dihiris nipis
  • 3 biji bawang putih dihiris nipis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak

Caranya

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan
  2. Masukkan hirisan halia, bawang putih daun kari dan rempah babas
  3. Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan 1 cawan air, masukkan garam dan gula dan akhir sekali masukkan ketam yang teah digoreng
  4. Balik-balikkan dan angkat kalau suka berkuah tambah air.
    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


    SWEET BUTTER'S COFFEE DOUGHNUT MUFFINS


    Minum petang bersama sweet butter coffee donut muffin perghhh memang sedap, terasa kenakan coffee dan yang bestnya tekture muffin in cukup lembut. Cukup sedap makan panas-panas, lebih-lebih lagi muffin ini disapu dengan mentega cair sebelum disalut gula coffee itu yang kicknya.


    Sweet Butter Coffee Donut Muffin
    • 4 cawan tepung
    • 1 sdb baking powder
    • 1 sdt garam
    • 1 sdb espresso powder
    • 3/4 cawan kopi
    • 1/2 cawan buttermilk
    • 1 sdt vanilla extract
    • 1 1/2 cups butter, 
    • 2  cawan gula
    • 4 biji telur

    Untuk Salut
    • 1 sdt serbuk kopi
    • 1/2 cawan gula
    • 1/2 cawan mentega cair 



    1. Panaskan oven to 350 degrees dan sapu mentega ke acuan muffin.

    2. Satukan bahan kering dan letak sebelah. Dalam beka yang lain satukan bahan basah dan ketepikan

    3. Pukuk mentega dan gula sehingga gebu. Masukkan teur sebiji demi sebiji

    4. Masukkan bahan kering berselang seli dengan bahan basah

    5. Tuang kedalam acuan muffin dan bakar selama 15 - 20 minit

    6. Keluarkan dan sapu dengan mentega cair dan salut dengan gula espresso

    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



    CHOCOLATE TRUFFLES


    Dah lama dendam dengan chocolate truffles ni comel and presentable. Cukup sesuai dijadikan wedding favor, door gift dan hadiah.Menarik tentang truffles ini ia mudah disediakan dan boleh dipelbagaikan designnya, boleh diletak kekacang boleh di sprinkles dengan beads, dan boleh diwarna warnikan,

    Saya membuatnya mudah hanya orekkan chocolate dan salutan serbuk koko, saya pack dalam chocolate box dan hias dengan ribbon sesuai buat hantaran dan bakinya saya buat hiasan atas kek. untuk membuat chocolate truffles ni, pilihan chocolate paling penting. Saya guna Callebaut.

    Untuk mencuba  sila klik sini :- 









    SIAKAP STIM


    Ada masa siakap akan menjadi murah, masa itulah sesuai disediakan makanan restoran Resipi ini adalah resipi favourite dikebanyakan restoran Thai mudah menyediakan, jika suka dan jika murah sedap juga dimasukkan sedikit hirisan bunga kantan


    Siakap Stim

    • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
    • 4 ulas bwg putih
    • 1 biji bwg holland
    •  1 kiub pati ayam
    • 5 biji cili padi
    • 2 inci halia
    • 2 batang serai
    • 3 sudu sos ikan
    • 1/2 cawan jus limau nipis
    • 1 sudu gula
    • Sedikit daun ketumbar,cili merah , hirisan limau, tomato utk hiasan


    Cara2 :
    1. Bersihkan ikan..kelar ikan supaya sos meresap..
    2. Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus limau + air
    3. Masukkan serai yg telah diketuk ke dlm perut ikan
    4. Masukkan ikan ke dalam pengukus
    5. Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
    6. Cincang halus bwg putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan
    7. Last skali masukkan bwg holland yg dipotong halus...kukus sehingga ikan masak
    8. Hiaskan dengan daun ketumbar + limau + cili merah


      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


      Friday, March 25, 2016

      PASSION FRUITS MINI CHEESY TARTS / TAT KEJU MARKISA


      Selalu tenguk di FB kekawan pamerkan tat keju...bukan yang biasa tetapi yang buncit dan gebu Maka jadi penasaran kita dibuatnya. Kalau ditanya pasti tak ada yang mahu kongsikan ialah orang buat berniaga,, nak gi berlajar rasanya tak berbaloi pula, kulit tat kita tahu buat, inti kejunya juga kita tahu, cuma yang kita tidak tahu ialah untuk membuncitkannya.....ha..ha alhamdulillah terbaca di mana entah saya tak ingat ada seorang hamba allah ni bercerita tentang tips untuk mendapatkan tats gebu katanya semasa memancit inti kejunya jangan takut untuk membumbungkan makanya hari ini saya mencuba mengikut petuanya..ha.ha tapi tak 100% mengikut arahan kerana masih was-was anyway walaupun kurang yakin tapi hasilnya menyenangkan

      insyallah akan cuba lagi.





      KOSUI PANDAN



      Apa yang saya suka tentang kue kosui ialah ia bajet, mudah dan sedap. Inilah kuih yang boleh disediakan bila keiginan benda-benda manis menyerang tiba-tiba. Kali ini saya menggunakan resipi teman blogger Madihah, sedap dan menepati citarasa saya




      JACK FRUITS TAPIOCA PUDDING / SERAWA NANGKA


      Sudah dua hari tersadai posting ini, line internet cukup teruk, cukup slow alhamdulillah pagi ini baru mampu upload Dessert ini cukup terkena dikalangan masyarakat Asia Tenggara, setiap negeri mempunyai namanya tersendiri tapi bahan dan cara membuatnya memang sama Saya selalu membuarnya pada bulan puasa tapi dah cuaca panas sebegini terpanggil membuatnya Saya gemar memakannya sejuk dan biasanya saya sejukkan dulu dalam peti ais baru makan...ha...ha nyaman tekak



      Bubur Nangka

      • 1/2 Cawan Sagu
      • 2 Cawan Santan/ Susu
      • 1 Cawan Air
      • Gula Secukucup Rasa
      • 1 Cawan Nangka (Disiat)
      • 2 helai daun pandan


      Cara-Cara Membuat :


      1. Didihkan air dalam periuk.
      2. Masukkan sagu dan masak hingga kembang.
      3. Masukkan gula, nangka dan santan.
      4. Kaca rata sehingga sedikit mendidih.

        Notes


        RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


        Monday, March 21, 2016

        CINNAMON SUGAR DONUT


        Terlebih dahulu maaf pada empunya resipi ini, saya jumpa di wall fb, salin tapi tak salin nama empunya resipi. Minta dihalalkan, memang sedap dan lembut Saya salutkan donut ini dengan gula bercampur serbuk kayu manis. Sajian mudah dan sesuai buat sarapan dan minum petang


        Cinnamon Sugar Donut

        Bahan-bahan :

        • 500 g tepung roti
        • 2 sb marjerin
        • 1 sk baking powder
        • 1 sk bread improver
        • 1 cup air suam
        • 1/4 cup gula halus
        • 1/5 cawan susu tepung
        • 1 pkt yis segera (11gm)
        • 3 biji kuning telur
        • 1/2 sk garam



        Cara-cara
        1. campurkn air hangat + yis + susu tepung + gula. Biarkan dlm 15 minit. (bahan A)
        2. kuning telur, garam pukul sikit (bahan
        3. tepung, marjerin ,baking powder, bread improver (bahan C)
        4. Gaul campuran dlm bhn C hingga jadi seperti serbuk roti kemudian masukkan campuran bahan A,
        5. Gaul bagi rata, lepas tu masukkan bahan B. Uli sampai elastik selama 10 mnit.
        6. Tutup dan rehatkan adunan hingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 40-45 min.
        7. Kempiskan doh,canai dan terap dengan penerap donut. Biarkn dlm 15 minit.
        8. Panaskan minyak dgn api kecil dan goreng donut hingga kekuningan dengan api sederhana panas.
        9. Angkat donut dan toskan di atas kertas serap minyak,sejukkan.
        10. Salutkan donut dengan gula halus dan boleh dihidangkan.
        Notes


        RECIPE SOURCE:  unknowed
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.




        Wednesday, March 16, 2016

        AGAR-AGAR KOKTAIL



        Biasanya ini merupakan dessert favourite di bulan Ramadan, tapi dah cuaca sebegini terik makanya pudding ini sesuai buat penyejuk tekak.



        Agar-agar Koktail

        • 1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
        • 900 ml air
        • 1 tin koktel buah-buahan
        • 1 tin susu cair
        • 1 1/2 cawan gula pasir
        • 1 helai daun pandan


        Cara Penyediaan:

        Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.

        Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.

        Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.

        Tuang di dalam loyang dan sejukkan.

          Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.




          Monday, March 14, 2016

          MY SIMPLE SHEPHERD PIE



          Cara mudah saya menyediakan shepherd pie, persis membuat kuah spaghetti bolognaise, cuma untuk topping kentangnnya saya masukkan sedikit keju untuk menambahkan kelemakkanya


          My Simple Shepherd Pie

          Untuk Fillingnya


          • 1 paket daging kisar
          • 1 tin tomato saya guna Kimball
          • 5 biji tomato buah didadu
          • 2 biji bawang besar didadu
          • 3 ulas bawang putih dicincang
          • 1 batang carrot didadu
          • 1 cawan kacang peas
          • 3 helai daun bay
          • 1 sdt serbuk thyme
          • garam dan gula secukup rasa
          • 2 sdb minyak zaiton
          1. Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga layu
          2. Masukkan bawang putih dan biar seketika
          3. Masukkan daging, tomato segar dan daun bay leave
          4. Biar seketika sehingga daging berubah warna
          5. Masukkan tmato kimball, garam, gula dan serbuk thyme
          6. Masak sehingga daging agak empuk dan masukkan carrot dan kacang peas
          7. Biar agak kering sedikit dan angkat

          Untuk Toppingnya


          • 1 kg kentang Yukon direbus dan dilecek
          • 2 sdb mentega
          • 1/4 caan susu segar
          • 1/4 cawan cheddar cheese parut
          • sedikit lada sulah dan garam


          Satukan semua bahan dan gaul rata

          Cara menyediakan Pie


          1. Panaskan ketuhar pada 200 C
          2. Masukkan filling ke dalam mangkok casserole
          3. Letakkan kentang dan bakar selama 20 minit atau sehingga kekuningan
          4. Angkar dan siap dihidang
            Notes



            RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



            MY COPYCAT SHELL OUT SAUCE


            Masa saya postkan gambar shell out ini di FB dan blog ramai yang bertanyakan resipinya, jadi saya sertakan di sini cara saya menyediakannya. Resipi ini lebih kurang Kam Heong Crab sesuai untuk apa jenis seafood.







            Sos Shell Out

            Resipi untuk 1kg seafood

            • 25 tangkai cili kering - rendam
            • 5 ulas bawang putih
            • 1 biji bawang besar
            • 1" belacan
            • 2 sdb udang kering digoreng dan ditumbuk halus
            • 3 tangkai daun kari
            • 2 sdb kicap manis
            • 1 cawan air
            • 1  sdb gula merah
            • 3 sdb minyak masak
            • garam secukup rasa
            1. Blend bahan 1 - 4 sehingga halus
            2. Panaskan minyak dan tumis bahan blend dan masukkan daun kari tumis sehingga pecah minyak
            3. Masukan sedikit air, udang kering, kicap, garam dan gula
            4. Gaul rata dan tambah lagi airra
            5. Biar mendidih di atas api dan masukkan bahan seafood yang sama ada telah direbus atau digoreng
            6. Jika suka berkuah sedikit boleh tambah air
            Notes


            RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.