Pages

Monday, February 29, 2016

COPY CAT SHELL OUT



Shell Out adalah rangkaian restoran makanan laut yang cukup unik. Cara hiasan dalaman dan cara menghidangkan makanan memang menjadi satu tarikan untuk kita singgah. Gabungan makanan laut seperti ketam,kepah, lala, udang, sotong dan lain-lain dimasak dengan sos khas dan dihidang secara lambakan atas kertas dan bukan pinggan. Jagung rebus, brokoli celur, kentang ditambah untuk memeriahkan lagi hidangan. Pelanggan akan santai menikmati hidangan dengan tangan,. Boleh dikata lain dari yang lain.

Honestly saya belum berkesempatan untuk berkunjung atau menikmati juadah di sana tapi anak-anak minta membuatnya, makanya saya goggle dan menghasilkan copy cat resipi ini persis di SHELL OUT. Untuk sosnya saya menggunakan resipi saya sendiri. Sos boleh diilhamkan mengikut citasrasa kita sendiri, boleh buat BBQ sos, Tom Yam, Cili Kam Cheong atau pun apa sahaja.....yang penting ianya dihidang cara SHELL OUT.


courtesy of google





No comments:

Post a Comment