Pages

Tuesday, January 19, 2016

ROTI SARANG LEBAH / BEE HIVES BUNS


Roti yang pernah menjadi kegilaan seketika dahuu dan masih menjadi kegilaan sehingga kini. Pertama kali mencuba dan pertama kali membuatnya. Resipi ini memang hebat rotinya embut dan gebu. Kekacang seperti kuaci dan bijan menjadikan roti ini begitu menarik sekali dan mungkin ini juga roti ini mendapatnya.

Disamping kekacang, butterscotch atau lelehan karamel di atas roti menambahkan kehebatan roti ini. Cukup sesuai buat sarapan atau minum petang.




Roti Sarang Lebah

  • 300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
  • 200 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung atau skim milk
  • 2 sudu besar madu
  • 1 biji telur
  • 250 ml susu segar
  • 6 gram yis
  • 40 gram gula
  • 40 gram butter
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar plain yogurt
Cara Menyediakannya


1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 

2. Perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.

3. Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang. Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

4. Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda. Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.

5. Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya. Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,

6. Akhir sekali bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.

Butterscoth


  • 3/4 cawan gula perang
  • 2/3 cawan krim segar
  • 2 sdb mentega
  • secubit garam


Satukan semua bahan dan masak atas api kecil sehingga pekat
    Notes


    RECIPE SOURCE:  kongsiresipi
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    Post a Comment