Pages

Tuesday, January 12, 2016

POMEGRANATE VICTORIA SPONGE



Banyak resipi Victoria Sponge tapi yang ini cukup menarik, lembut dan gebu, seakan resipi Victoria Sponge dari pertandingan di Aussie. Rasanya tepung jagung memberi kelainan pada kek ini. Untuk mendapatkan kek yang sedap pastinya pemilihan butter adalah penting. Untuk resipi ini saya gunakan ANCHOR BUTTER. Kek dilapis dengan jem delima, saya elakkan penggunaan krim yang lazim digunakan dalam kek-kek Victoria Sponge.

Kek 100% adaptasi dari blog Azlita Masam Manis.



Victoria Sponge


  • 220 gm tepung kek
  • 30 gm tepung jagung
  • secubit garam
Bahan-bahan ini perlu di ayak sebanyak 3 kali

  • 250 gm gula castor
  • 250 gm butter tanpa garam
  • 2 sudu besar golden syrup
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 5 biji telur
  1. Satukan gula, butter dan golden syrup dalam bekas pemutar dan putar hingga adunan kembang dan gebu.
  2. Jangan lupa untuk scrap tepi mangkuk pemutar supaya adunan di pukul rata
  3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebijik sambil di putar perlahan
  4. Tambahkan esen vanilla dan terus putar hingga sekata
  5. Tambahkan tepung yang telah di ayak
  6. Kaup balik dengan spatula hingga rata
  7. Tuangkan adunan dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan butter dan di lapik dengan kertas pembakar.
  8. Bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang
  9. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C
  10. Bakar kek selama 25 ~ 30 minit.
  11. Jangan terlebih masa nanti ia keras
  12. Kek yang dah sejuk kita potong bahagian atasnya yang keras
  13. Letakkan satu keping kek atas lapik kek
  14. Kemudian letakkan jam delima.
  15. Tutup dengan satu keping kek lagi
  16. Ulang proses yang sama
  17. Akhir sekali hiaskan kek dengan buah-buahan berries yang segar
  18. Anda boleh juga ayakkan gula icing di atas buah-buahan tadi

Notes


All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

No comments:

Post a Comment