Pages

Wednesday, October 21, 2015

D.I.Y CUPCAKE STAND


Saya diminta menyediakan cupcakes untuk majlis perkahwinan, to bake memang tidak ada masallah but untuk menghidangkannya di atas meja buffet merupakan satu isu buat saya kerana jumlah yang diorder memang banyak dan akan mengambil ruang yang banyak. Bukan setakat ruang aje tapi untuk mengisi semula cupcakes yang habis juga akan menjadi masalah kerana tugas saya hanya menyediakan cupcakes dan saya tidak akan berada di majlis sehingga majlis tamat. Oleh itu untuk memudahkan tuan rumah saya sediakan cupcake towers ini yang saya buat sendiri.

Mudah menyediakannya, saya menggunakan kek board yang boleh didapati di mana-mana kedai kek dan form. Oleh kerana target saya untuk meletakkan 100 cupcakes sekali hidang jadi saya gunakan beberapa lapis kek board. Tidak perlu gam saya cuma tenggekkan kek board atas form. Untuk mendapatkan sweet touch boleh la dibalut form dengan kertas warna dan lilit keliling board dengan warna tema perkhawinan.....semudah itu.

Cara begini lebih presentable dan saya cuma meminta caterer megisi semula cupcakes bila habis, mudah buat saya dan mudah buat tuan rumah.

Selain dari form, gelas juga boleh digunakan untuk menenggekkan kek board. Champange gelas paling sesuai untuk ini.

Selamat mencuba.


Form dan Kek Board Yang digunakan

1 comment: