Pages

Tuesday, September 29, 2015

BROWNIE KEDUTS DAN TIPS MEMBUAT BROWNIES



Sebut aje kedut pasti kita takut...ha..ha..tapi tidak pada kedut ini, kedut sihitam manis ini menjadi kegilaan malah saya sendiri telah mencubanya buat kali kedua dengan menggunakan resipi yang sama. Bagi yang meminati chocolate, brownies ini pasti disukai, ia bukan sahaja sedap malah mudah menyediakan.

Ingin menghasilkan brownies yang perfect saya sertakan di sini tips menyediakannya. Harus mempelajarinya jika kita inginkan struktur brownies kita, fudgy, cakey atau chewy. 



Brownie Keduts
Ingredients
  • 400 gm coklat kompound - potong kasar
  • 150 gm mentega
  • 100 gm gula perang
  • 100 gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 1 sdk perasa vanila
  • 100 gm tepung naik sendiri*
  • 30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak
Instructions
Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.
    Notes
    - Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
    - Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
    - Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
    - Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.





    All images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you.

    3 comments:

    1. Hi Kak Paty,
      Thanks for sharing, I tried it and I love it :)

      ReplyDelete
    2. Hi. my brownies turned out abit thin, something like not rising properly. Is it because i did not beat the eggs & sugar long enough? I follow the whole recipe & measurements.

      ReplyDelete