Saya ni boleh dikatakan peminat tegar kuih talam dan kuih-kuih Melayu, suka makan dan suka membuatnya tetapi kekadang tu stress bila terpaksa memakannya seorang kerana anak2 sekarang kurang berminat kuih-kuih ni. Tetapi alhamdulillah resipi ini dan cara ini sesuai untuk kita yang berminat membuat dan berminat memakannya.
Menalamnya mudah dan tak perlu kuatir menjadi atu tidak kerana dengan menggunakan acauan lompang proses mengukusnya menjadi lebih mudah dan paling best kita boleh kurangkan adunan pada 1/2 yang menghasilkan lebih kurang 10 biji dan tak perlu bimbang kuih ini terbuang, ngam-ngam buat minum petang seisi keluarga.
Talam Pandan Mini
RECIPE SOURCE: PATYSKITCHEN
Lapisan Bawah:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa )
- 1 cawan air daun pandan
- 1 sudu kecil pewarna hijau
Cara - cara:
1. Masukkan tepung gandum dan gula ke
dalam bekas.
2. Tuangkan air daun pandan. Kacau
rata.
3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga
sebati.
4. Tambahkan pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan
kukus dengan api sederhana selama 45 minit.
* Jika selepas masak, ada air bertakung
atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula.
Lapisan atas:
- 2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
Cara cara:
1. Masukkan tepung gandum dan garam ke
dalam bekas.
2 Tuangkan santan pekat sedikit demi
sedikit sehingga sebati.
3. Tuangkan atas lapisan bawah yang
telah masak dan kukus lagi selama 15 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment